DUNIA
Rusuhan Indonesia: 32 sekolah di Bandung laksana PJJ bermula 1 September

Anggota polis berlindung di sebalik perisai rusuhan ketika seorang penunjuk perasaan membaling batu ke arah mereka dalam demonstrasi membantah elaun mewah yang diberikan kepada ahli parlimen, di luar bangunan parlimen Jakarta, Indonesia. - Foto AP
BANDUNG: Sebanyak 32 buah sekolah rendah dan menengah di Kota Bandung telah diarahkan untuk melaksanakan Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) bermula hari ini sebagai langkah pencegahan terhadap gangguan aktiviti pembelajaran susulan potensi demonstrasi.
Ringkasan AI
- Sebanyak 32 sekolah di Kota Bandung diarahkan laksana PJJ mulai hari ini, sebagai langkah pencegahan terhadap gangguan pembelajaran susulan potensi demonstrasi.
- Pelajar dilarang keluar rumah sepanjang tempoh PJJ, manakala pelajar yang hadir ke sekolah secara fizikal diwajibkan pulang terus selepas sesi tamat.
- Pihak berkuasa perketat kawalan keselamatan di sekitar sekolah, dengan rondaan berkala oleh polis dan tentera bagi menjamin keselamatan pelajar, guru dan ibu bapa.
Farhan turut memaklumkan bahawa pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada semua sekolah agar memastikan pelajar tidak keluar rumah sepanjang tempoh PJJ berlangsung.
Bagi pelajar yang masih mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka, mereka diwajibkan untuk pulang terus ke rumah sebaik sahaja sesi persekolahan tamat.
Dalam masa yang sama, pihak berkuasa tempatan akan memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan sekolah manakala polis dan anggota tentera akan menjalankan rondaan berkala di kawasan masing-masing, khususnya di sekitar sekolah.
Langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan pelajar, guru dan ibu bapa.
Sementara itu, Farhan menjelaskan bahawa tiada perubahan dalam jadual kerja bagi penjawat awam (ASN) di Kota Bandung yang mana kakitangan akan terus bekerja seperti biasa, terutamanya yang terlibat dalam urusan perkhidmatan awam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami