DUNIA
Rusuhan Indonesia: 6 individu ditahan ketika demonstrasi di Makassar, Pangkep
Pihak polis menegaskan bahawa situasi keseluruhan di Sulawesi Selatan masih terkawal, namun pemantauan keselamatan terus dipertingkat bagi mengelakkan sebarang insiden lanjut. - Foto X/Kostrad
MAKASSAR: Polis Indonesia menahan lima individu semasa demonstrasi di hadapan Ibu Pejabat Polis Makassar, Sulawesi Selatan, manakala seorang lagi ditahan di Pangkep atas dakwaan memprovokasi peserta protes.
Ringkasan AI
Menurut pihak berkuasa, demonstrasi yang dianjurkan oleh kumpulan pelajar berlangsung di Jalan Ahmad Yani sebelum bertukar tegang apabila peserta membakar tayar dan menutup laluan utama.
Tindakan tersebut mencetuskan gangguan kepada pengguna jalan raya dan memaksa polis bertindak membubarkan perhimpunan tersebut.
Ketua Polis Makassar, Kombes Arya Perdana, memaklumkan bahawa lima individu yang ditahan akan disoal siasat dan dibebaskan sekiranya tiada pelanggaran undang-undang dikesan.
Salah seorang daripada mereka merupakan wanita.
Sementara itu di Pangkep, seorang pelajar sekolah menengah ditahan selepas didakwa memprovokasi peserta demonstrasi di hadapan pejabat polis daerah.
Selepas insiden tersebut, ratusan pelajar dilaporkan berarak ke bangunan DPRD Pangkep untuk menyampaikan tuntutan mereka kepada wakil rakyat.
Pihak polis menegaskan bahawa situasi keseluruhan di Sulawesi Selatan masih terkawal, namun pemantauan keselamatan terus dipertingkat bagi mengelakkan sebarang insiden lanjut.
Demonstrasi ini merupakan sebahagian daripada gelombang protes yang sedang melanda beberapa wilayah Indonesia sejak akhir Ogos.
Ringkasan AI
- Polis menahan lima individu di Makassar dan seorang pelajar di Pangkep susulan demonstrasi yang bertukar tegang.
- Protes dianjurkan oleh kumpulan pelajar, melibatkan pembakaran tayar dan sekatan jalan raya yang ganggu lalu lintas.
- Situasi keseluruhan di Sulawesi Selatan masih terkawal, namun pemantauan keselamatan terus dipertingkat.