DUNIA
Rusuhan Indonesia: Amikom Yogyakarta siasat kematian mahasiswa
Rheza Sendy Pratama meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Umum Dr Sardjito, namun punca kematian masih belum disahkan. -Foto X @collegemfs
YOGYAKARTA: Universiti Amikom Yogyakarta memaklumkan siasatan dalaman sedang dijalankan berhubung kematian mahasiswa Rheza Sendy Pratama, 21, selepas menerima rawatan di Hospital Umum Dr Sardjito, pada Ahad.
Ringkasan AI
Menurut Timbalan Rektor III Hal Ehwal Mahasiswa, Ahmad Fauzi, pihak universiti hanya menerima maklumat mengenai kematian Rheza pada sebelah petang dan belum dapat mengesahkan punca sebenar kejadian.
“Kami belum mengetahui keadaan sebenar. Kami tidak dapat mengesahkan apa-apa sehingga siasatan dijalankan,” katanya.
Ketua Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) Amikom, Alfito Afriansyah, dalam pada itu memaklumkan kronologi penuh aktiviti Rheza pada hari kejadian masih belum jelas dan pihaknya sedang mengumpul maklumat lanjut.
Sementara itu, Hospital Umum Dr Sardjito mengesahkan Rheza dimasukkan ke unit rawatan sebelum disahkan meninggal dunia, namun tidak dapat mengesahkan sama ada kematiannya berkait langsung dengan demonstrasi.
“Ya, pesakit dirawat di sini, tetapi kami tidak dapat mengesahkan kaitan dengan demonstrasi,” kata jurucakap hospital, Banu Hermawan.
Setakat ini, Polis Wilayah Yogyakarta (Polda DIY) belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung punca kematian atau kaitannya dengan rusuhan.
Demonstrasi yang berlangsung dari Sabtu malam hingga awal pagi Ahad menyaksikan serangan terhadap Ibu Pejabat Polis Yogyakarta oleh kira-kira 50 individu yang melempar batu, mercun dan bom petrol.
Ketegangan meningkat apabila penduduk sekitar turut terlibat, menjadikan jumlah peserta mencecah 500 orang.
Pasukan polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) berjaya menyuraikan rusuhan sekitar jam 6 pagi.
Pihak berkuasa menahan puluhan individu termasuk pelajar sekolah, serta merampas senjata tajam dan dua bom petrol.
Enam orang terdiri daripada lima penunjuk perasaan dan seorang anggota polis cedera dalam insiden tersebut.
Jenazah Rheza Sendy Pratama dikebumikan di Mlati, Sleman, pada hari sama.
Ringkasan AI
- Mahasiswa Universiti Amikom Yogyakarta, Rheza Sendy Pratama, meninggal dunia, namun punca kematian masih belum disahkan.
- Pihak universiti dan Badan Eksekutif Mahasiswa sedang menjalankan siasatan dalaman, manakala hospital tidak dapat mengesahkan kaitan kematian dengan demonstrasi.
- Rusuhan melibatkan 500 orang berlaku semasa demonstrasi, menyebabkan enam cedera dan puluhan ditahan oleh pihak berkuasa.