awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TMM 2026 pacu perubahan strategik industri perhotelan negara
Malaysia kekal destinasi pelaburan terbaik di rantau ini - ABAC
NPL terkawal, kerajaan yakin jaminan kredit pacu PKS dan pelaburan - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Apa yang terjadi ini adalah jeritan hati rakyat - Joko Anwar

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2025
07:50 MYT
Rusuhan Indonesia: Apa yang terjadi ini adalah jeritan hati rakyat - Joko Anwar
Joko Anwar (foto) menyifatkan gelombang protes di Indonesia sebagai jeritan hati rakyat yang tidak mampu lagi menahan tekanan hidup dan ketidakadilan sosial. -Gambar fail
JAKARTA: Pengarah filem tersohor Indonesia, Joko Anwar, menyifatkan gelombang protes yang melanda negara itu sebagai “jeritan hati rakyat” yang tidak lagi mampu menahan tekanan hidup dan ketidakadilan sosial.

Ringkasan AI
  • Joko Anwar menyifatkan gelombang protes di Indonesia sebagai -jeritan hati rakyat- yang tidak mampu lagi menahan tekanan hidup dan ketidakadilan sosial.
  • Beliau menyeru pihak berkuasa agar tidak menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan aman dan kenyataannya mendapat sokongan meluas di media sosial.
  • Kematian Affan Kurniawan dan isu kenaikan elaun ahli parlimen mencetuskan protes besar-besaran, dengan sekurang-kurangnya empat maut dan lebih 600 ditahan di seluruh negara.

“Apa yang terjadi ini adalah jeritan hati rakyat. Jangan bungkam. Jangan abaikan,” tulis Joko dalam satu hantaran di platform X.
Kenyataan itu mendapat ribuan ulang ciap dan sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk aktivis, pelajar, dan penggiat seni.
Beliau turut menyeru agar pihak berkuasa mendengar suara rakyat dan tidak menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang turun ke jalan secara aman.
Gelombang protes yang bermula pada 25 Ogos lalu tercetus susulan cadangan kenaikan elaun perumahan ahli parlimen sebanyak 50 juta rupiah sebulan, yang dianggap tidak sensitif ketika rakyat berdepan tekanan ekonomi.
Ketegangan memuncak selepas kematian tragis penunggang motosikal gig Affan Kurniawan, 21, yang dirempuh kenderaan taktikal polis semasa rusuhan di Jakarta.
Setakat ini, sekurang-kurangnya empat individu disahkan terkorban dan lebih 600 ditahan di seluruh negara.
Joko Anwar, yang dikenali dengan karya-karya berunsur sosial dan psikologi seperti "Pengabdi Setan" dan "Perempuan Tanah Jahanam", sering menggunakan platform seni untuk menyuarakan isu masyarakat.
Kenyataan terbaharunya dilihat sebagai sokongan terbuka terhadap gerakan rakyat yang menuntut keadilan dan reformasi.
Topic Berkaitan
#rusuhan
#Penunjuk perasaan
#Affan Kurniawan
#Joko Anwar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan