awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Manchester is Red: United kembali menyala di Old Trafford
Bapa lemas selepas selamatkan anak di Sungai Lebir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Bunga Citra Lestari batal persembahan, seru keadaan kembali aman

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2025
07:40 MYT
Rusuhan Indonesia: Bunga Citra Lestari batal persembahan, seru keadaan kembali aman
Bunga Citra Lestari (foto) membatalkan penampilannya di BRI Consumer Expo 2025 di JCC atas faktor keselamatan susulan demonstrasi besar-besaran di Jakarta. -Gambar fail/Instagram
JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), membatalkan penampilannya pada acara BRI Consumer Expo 2025 yang dijadual berlangsung hari ini di Jakarta Convention Center (JCC), susulan situasi keselamatan yang tidak menentu ekoran demonstrasi besar-besaran di ibu negara.

Ringkasan AI
  • Bunga Citra Lestari (BCL) membatalkan penampilannya di BRI Consumer Expo 2025 di JCC atas faktor keselamatan susulan demonstrasi besar-besaran di Jakarta.
  • Keputusan dibuat selepas menilai keadaan semasa di sekitar lokasi acara, dan BCL berharap situasi kembali aman sambil mengucapkan terima kasih kepada peminat.
  • Pembatalan ini berlaku ketika gelombang protes memuncak akibat isu kenaikan elaun perumahan ahli parlimen dan kematian tragis Affan Kurniawan.

Dalam kenyataan rasmi yang dikongsi pasukan pengurusannya, keputusan pembatalan dibuat atas faktor keselamatan dan mengambil kira keadaan semasa di sekitar lokasi acara.
“Susulan situasi semasa, kami mengumumkan bahawa penampilan BCL di BRI Consumer Expo 2025 yang sepatutnya berlangsung hari ini di Jakarta Convention Center (JCC) dibatalkan,” menurut kenyataan tersebut seperti dilaporkan TribunNews.
BCL turut menyampaikan harapan agar keadaan kembali pulih dan aman, serta mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas sokongan mereka.
“Semoga keadaan membaik dan kembali aman. Terima kasih atas perhatiannya. Stay safe teman-teman,” tulis BCL dalam hantaran di akaun media sosialnya.
Langkah diambil BCL berlaku ketika gelombang protes yang tercetus sejak 25 Ogos lalu, susulan isu kenaikan elaun perumahan ahli parlimen dan kematian tragis pemandu motosikal gig Affan Kurniawan, memuncak.
Topic Berkaitan
#BRI Consumer Expo 2025
#Bunga Citra Lestari
#BCL
#Jakarta Convention Center
#rusuhan Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan