DUNIA
Rusuhan Indonesia: DPR potong elaun dan kemudahan anggota
Sufmi Dasco berkata keputusan itu dibuat selepas penilaian menyeluruh. - Foto X/Kompas
JAKARTA: Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia memutuskan untuk memotong beberapa elaun dan kemudahan yang diterima anggotanya, termasuk bil elektrik, telefon, komunikasi intensif serta elaun pengangkutan.
Ringkasan AI
Timbalan Speaker DPR, Sufmi Dasco Ahmad, berkata keputusan itu dibuat selepas penilaian menyeluruh dan diumumkan dalam sidang media di Kompleks Parlimen, Senayan, Jakarta pada Jumaat.
Menurut Dasco, keputusan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan DPR bersama ketua-ketua fraksi pada Khamis. Beliau menjelaskan elaun perumahan juga telah dihentikan berkuat kuasa 31 Ogos lalu.
Selain itu, DPR turut melaksanakan moratorium lawatan ke luar negara, kecuali untuk jemputan rasmi kerajaan.
Gaji anggota DPR ditetapkan mengikut peraturan kerajaan yang berkuat kuasa sejak tahun 2000. Speaker DPR menerima gaji asas Rp5.040.000 sebulan (RM1,300), timbalan speaker Rp4.620.000 sebulan (RM1,200), manakala anggota biasa Rp4.200.000 sebulan (RM1,100).
Elaun lain yang diperuntukkan setiap bulan meliputi:
Elaun kehormatan:
Speaker badan/komisi: Rp6.690.000 (RM1,700)
Timbalan speaker badan/komisi: Rp6.450.000 (RM1,600)
Anggota: Rp5.580.000 (RM1,400)
Elaun komunikasi intensif:
Speaker badan/komisi: Rp16.468.000 (RM4,250)
Timbalan speaker badan/komisi: Rp16.009.000 (RM4,100)
Anggota: Rp15.554.000 (RM4,00)
Elaun pengawasan dan belanjawan:
Speaker badan/komisi: Rp5.250.000 (RM1,400)
Timbalan speaker badan/komisi: Rp4.500.000 (RM1,100)
Anggota: Rp3.750.000 (RM970)
Selain itu, anggota turut menerima elaun pasangan, anak, jawatan, beras, cukai, bantuan bil elektrik dan telefon, elaun persidangan serta elaun pembantu peribadi.
Bagi penggal 2024-2029, anggota DPR turut diberikan elaun perumahan sebanyak Rp50 juta sebulan (RM13,000), namun kemudahan tersebut telah dihentikan mulai 31 Ogos lalu.
Ringkasan AI
- DPR Indonesia memotong elaun dan kemudahan anggota termasuk bil elektrik, telefon, komunikasi intensif dan pengangkutan.
- Elaun perumahan sebanyak Rp50 juta sebulan dihentikan berkuat kuasa 31 Ogos; lawatan luar negara juga dimoratorium kecuali jemputan rasmi.
- Gaji asas anggota kekal mengikut peraturan 2000, dengan pelbagai elaun tambahan masih diterima setiap bulan.