DUNIA

Rusuhan Indonesia: DPR umum enam keputusan jawab tuntutan rakyat

Astro Awani 05/09/2025 | 23:15 MYT
DPR komited tingkat ketelusan dan penyertaan awam dalam proses perundangan serta dasar-dasar Parlimen. - Foto X/Kompas
JAKARTA: Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia mengumumkan enam keputusan penting hasil mesyuarat konsultasi pimpinan DPR bersama ketua-ketua fraksi, susulan desakan rakyat yang dikenali sebagai tuntutan 17+8.


Ringkasan AI
  • DPR Indonesia umum 6 keputusan penting susulan tuntutan 178, termasuk pemotongan elaun dan moratorium lawatan luar negara.
  • Anggota digantung keahlian oleh parti tidak lagi terima hak kewangan; tindakan lanjut diselaraskan dengan Mahkamah Kehormatan DPR.
  • DPR komited tingkat ketelusan dan penyertaan awam dalam proses perundangan serta dasar-dasar Parlimen.


Timbalan Speaker DPR, Sufmi Dasco Ahmad, membacakan keputusan itu dalam sidang media di Gedung DPR, Jakarta pada Jumaat malam. Mesyuarat tersebut diadakan sehari sebelumnya dan menghasilkan beberapa langkah konkrit termasuk pemotongan kemudahan, moratorium perjalanan rasmi, serta pengukuhan ketelusan di Parlimen.

Enam keputusan yang diumumkan ialah:

Dasco menjelaskan keputusan ini ditandatangani oleh pimpinan DPR iaitu Puan Maharani, Sufmi Dasco Ahmad, Saan Mustopa dan Cucun Ahmad Syamsurijal.

Sementara itu, antara isi utama dalam tuntutan 17+8 Rakyat termasuk cadangan penubuhan pasukan penyiasat bebas terhadap kes-kes pelanggaran hak asasi manusia semasa demonstrasi 28–30 Ogos, serta desakan agar Angkatan Tentera Indonesia (TNI) tidak lagi terlibat dalam pengawalan awam.






#DPR #mesyuarat konsultasi pimpinan #tuntutan #Sufmi Dasco Ahmad