DUNIA
Rusuhan Indonesia: Jakarta terus laksana rondaan harian bagi pulihkan keamanan

Rondaan bertujuan kekalkan keamanan, melibatkan kenderaan taktikal dan interaksi dengan penduduk di lokasi tumpuan. -Reuters
JAKARTA: Tentera Indonesia melancarkan rondaan berskala besar setiap hari di seluruh Jakarta Raya sejak 31 Ogos lalu susulan tunjuk perasaan ganas berhubung elaun kontroversi Parlimen, sambil menggesa penduduk bersama-sama mengekalkan keamanan dan ketenteraman.
Ringkasan AI
- Tentera Indonesia lancar rondaan besar-besaran tiga kali sehari di Jakarta sejak 31 Ogos susulan rusuhan berkaitan elaun Parlimen.
- Rondaan bertujuan kekalkan keamanan, melibatkan kenderaan taktikal dan interaksi dengan penduduk di lokasi tumpuan.
- Rusuhan tercetus selepas penunggang ojek dirempuh kenderaan polis; 10 maut dan pegawai polis terlibat telah dipecat.
Beliau berkata keadaan semasa rondaan sebelum ini dan pada malam Rabu adalah tenang, dengan penduduk meneruskan rutin harian mereka termasuk bekerja, membeli-belah dan aktiviti harian lain.
"Jakarta kembali berada dalam keadaan stabil dan selamat, tetapi ia masih memerlukan usaha bersama untuk mengekalkannya.
"Dengan langkah tepat serta penglibatan meluas, bandar ini dapat mengekalkan keadaan positif ini," katanya pada sidang akhbar selepas rondaan.
Pada malam Rabu, ratusan tentera digerakkan dari Monumen Nasional, melalui Stesen Kereta Api Gambir, Masjid Istiqlal, Pasar Senen, Bulatan Hotel Indonesia (HI) serta kawasan perniagaan Sudirman dan Kuningan sebelum menamatkan rondaan sekitar 11.30 malam.
Pasukan tentera yang dikerah turut beramah mesra dengan penduduk, menyiarkan mesej keselamatan melalui pembesar suara di atas trak pikap, dan berbual dengan orang ramai di kawasan tumpuan.
Kekacauan bermula selepas sebuah kenderaan polis merempuh seorang penunggang ojek berusia 21 tahun ketika cuba menyuraikan penunjuk perasaan pada 28 Ogos.
Rusuhan serta vandalisme di bangunan legislatif dan premis polis di ibu negara itu merebak ke bandar lain, dengan sekurang-kurangnya 10 orang disahkan terkorban.
Pegawai polis yang memandu kenderaan itu telah dipecat daripada pasukan selepas dibicarakan oleh tribunal etika dalaman pada Khamis.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami