awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Ahli Lembaga MMM bantu perkukuh kewartawanan beretika - KPE Bernama
Singapura buka konsulat di Sarawak, Sabah tahun ini
AirBorneo sasar buka laluan ke Semenanjung Malaysia tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: PAN minta henti gaji, elaun ahli DPR Uya Kuya dan Eko Patrio

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2025
04:20 MYT
Rusuhan Indonesia: PAN minta henti gaji, elaun ahli DPR Uya Kuya dan Eko Patrio
Eko Patrio (kiri) dan Uya Kuya digantung keahlian dalam Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia selepas menerima kritikan teruk semasa demonstrasi tercetus di Indonesia.
JAKARTA: Kumpulan wakil Parti Amanat Nasional (PAN) dalam Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia secara rasmi mengemukakan permohonan agar gaji, elaun, dan kemudahan lain dihentikan terhadap ahli partinya, Uya Kuya dan Eko Patrio.
Ia susulan penggantungan mereka sebagai ahli DPR kerana menerima kritikan teruk selepas tular video menari di dalam dewan DPR.
Ketua Wakil PAN DPR, Putri Zulkifli Hasan berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan tersebut kepada Kementerian Kewangan dan Sekretariat Jeneral DPR.
“Wakil PAN telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menghentikan segala hak yang berkaitan dengan jawatan, termasuk gaji, elaun, dan kemudahan, untuk diproses melalui Sekretariat Jeneral DPR dan Kementerian Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu, memetik laporan CNN Indonesia.
Putri menambah, permohonan itu adalah komitmen pihaknya untuk menjaga integriti, ketelusan dan akauntabiliti.
Menurut Putri, dalam permohonan tersebut, PAN meminta supaya semua gaji dan elaun termasuk kemudahan yang diterima oleh Eko dan Uya dihentikan sementara, sepanjang kedua-duanya berstatus tidak aktif di DPR.
Eko dan Uya antara lima ahli DPR yang digantung selepas mencetuskan kontroversi ketika demonstrasi berlangsung di Indonesia.
Kediaman mewah Eko di Mega Kuningan turut dijarah, manakala rumah Uya dirampas termasuk perabot, barangan elektronik dan haiwan peliharaan diambil.
Sebelum ini, wakil Parti NasDem juga telah meminta supaya gaji, elaun dan kemudahan yang diterima oleh Bendahari Agungnya, Ahmad Sahroni dan ahli DPR, Nafa Urbach dihentikan.
Topic Berkaitan
#rusuhan Indonesia
#Protes Indonesia
#Uya Kuya dan Eko Patrio
#Elaun ahli DPR Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan