awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akmal sokong PM wajibkan BM, Sejarah, minta kaji umur 6 tahun masuk Tahun 1
Mahkamah Jepun akan putuskan kes lelaki didakwa membunuh bekas PM Abe
UK pertahan perjanjian Chagos selepas Trump gelar ia “tindakan sangat bodoh”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Polis dakwa peserta demonstrasi dibayar RM16 hingga RM51

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2025
02:30 MYT
Rusuhan Indonesia: Polis dakwa peserta demonstrasi dibayar RM16 hingga RM51
Protes bermula di ibu kota Jakarta, menyasarkan perbelanjaan kerajaan seperti penambahan elaun untuk Ahli Parlimen, termasuk elaun perumahan hampir 10 kali ganda gaji minimum di ibu negara. - Gambar AP
KUALA LUMPUR: Polis Indonesia mendedahkan sebahagian peserta demonstrasi ganas yang berlangsung di Jakarta dari 25 hingga 31 Ogos lalu, dipercayai telah diumpan dengan bayaran wang tunai.
Memetik laporan portal berita Kompas, Ketua Bahagian Humas Polda Metro Jaya, Komisioner Besar Ade Ary Syam Indradi berkata, pihaknya kini sedang menyiasat individu atau pihak yang disyaki memberikan imbuhan wang tunai.
Katanya, peserta yang hadir menyertai aksi demonstrasi didakwa dibayar antara Rupiah 62,500 (RM16) hingga Rp 200,000 (RM51), termasuk kepada kanak-kanak dan dewasa.
“Ada beberapa pihak yang sedang disiasat kerana dipercayai menawarkan imbuhan wang kepada kanak-kanak dan orang dewasa untuk hadir melakukan tindakan (demonstrasi),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polda Metro Jaya, pada Selasa.
Menurut beliau, kes itu telah dinaikkan daripada peringkat penyelidikan kepada peringkat siasatan.
Ia selepas polis memperoleh empat jenis bukti utama, termasuk keterangan daripada 22 saksi, dokumen, petunjuk serta keterangan pakar.
Sebelum ini, polis turut menahan enam individu yang dikenal pasti sebagai pentadbir akaun media sosial yang disyaki menghasut pelajar dan remaja bawah umur untuk melakukan tindakan 'anarkis' melalui platform dalam talian.
Protes bermula di ibu kota Jakarta, menyasarkan perbelanjaan kerajaan seperti penambahan elaun untuk Ahli Parlimen, termasuk elaun perumahan hampir 10 kali ganda gaji minimum di ibu negara.
Protes semakin memburuk selepas kematian seorang penunggang Ojek, Affan Kurniawan, 21, akibat dilanggar dan digilis oleh sebuah van taktikal milik unit paramiliter Brimob.
Topic Berkaitan
#rusuhan Indonesia
#Protes Indonesia
#Prabowo Subianto
#berita luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan