awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Prabowo bertemu semua ketua parti politik hari ini

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
31/08/2025
06:25 MYT
Rusuhan Indonesia: Prabowo bertemu semua ketua parti politik hari ini
Prabowo membatalkan lawatan rasmi ke China berikutan gelombang demonstrasi yang merebak ke luar Jakarta. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dilapor akan mengadakan pertemuan dengan semua ketua parti politik di Istana Negara, pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dijadualkan bertemu semua Ketua Parti Politik di Istana Negara pada Ahad, namun agenda pertemuan masih belum didedahkan.
  • Prabowo membatalkan lawatan rasmi ke China berikutan gelombang demonstrasi yang merebak ke luar Jakarta, termasuk insiden bangunan parlimen negeri dibakar.
  • Presiden memilih untuk kekal di tanah air bagi memantau situasi semasa dan mencari penyelesaian, serta mempertimbangkan untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York pada September.

Memetik CNN Indonesia, tujuan pertemuan itu bagaimanapun masih belum didedahkan.
Setiausaha Agung Parti Demokrat, Herman Khaeron, mengesahkan undangan berkenaan tetapi berkata beliau tidak mengetahui agenda yang akan dibincangkan.
“Memang benar ada undangan (kepada Ketua Parti Politik). Tetapi saya belum tahu alasannya, hanya diminta hadir,” katanya kepada media.
Herman juga tidak dapat memastikan sama ada pertemuan itu berkaitan dengan peningkatan demonstrasi yang berlaku di beberapa daerah sejak kebelakangan ini.
Pada Sabtu, Prabowo membatalkan lawatan rasmi ke China susulan gelombang protes terus merebak di luar Jakarta, termasuk insiden beberapa bangunan parlimen negeri dibakar.
Prabowo dijadual menghadiri perarakan “Victory Day” di China pada 3 September sempena ulang tahun ke-80 tamatnya Perang Dunia Kedua.
Jurucakap Presiden, Prasetyo Hadi, berkata Prabowo mahu terus memantau perkembangan di tanah air dan mencari penyelesaian terbaik terhadap krisis semasa.
Katanya dalam kenyataan video, Presiden Prabowo memohon maaf kepada kerajaan China kerana tidak dapat menghadiri jemputan itu.
Beliau menambah beberapa pertimbangan lain dibuat susulan protes berkenaan, termasuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, pada September.
Topic Berkaitan
#Protes Indonesia
#Prabowo Subianto
#rusuhan Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan