awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit kukuh berbanding dolar AS berikutan daya tahan ekonomi
WEF2026: Dialog, adab, bukti elemen penting tangani manipulasi maklumat – Jemilah Mahmood
Mahkamah Korea Selatan bebaskan lelaki dihukum mati 50 tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Rumah Sri Mulyani dikawal ketat pihak berkuasa selepas diceroboh

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2025
23:45 MYT
Rusuhan Indonesia: Rumah Sri Mulyani dikawal ketat pihak berkuasa selepas diceroboh
Menurut saksi tempatan, kumpulan penceroboh dipercayai datang dalam dua gelombang sekitar jam 12.30 tengah malam dan 2.30 pagi. - Foto YouTube/KOMPASTV
JAKARTA: Kediaman peribadi Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati, di Jalan Mandar X, Bintaro Sektor 3A, Tangerang Selatan, kini berada di bawah kawalan ketat anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) susulan insiden pencerobohan dan penjarahan yang berlaku awal pagi Ahad.

Ringkasan AI
  • Rumah Sri Mulyani di Bintaro diceroboh awal pagi Ahad, dengan kumpulan tidak dikenali melarikan pelbagai barangan; TNI kini mengawal ketat kawasan kejadian.
  • Insiden berlaku ketika ketidakstabilan sosial meningkat, melibatkan beberapa kediaman ahli politik lain turut menjadi sasaran pencerobohan.
  • Sri Mulyani hadir dalam mesyuarat kabinet pada hari sama, sekali gus menepis spekulasi mengenai peletakan jawatan susulan insiden tersebut.

Menurut saksi tempatan, kumpulan penceroboh dipercayai datang dalam dua gelombang sekitar jam 12.30 tengah malam dan 2.30 pagi.
Mereka bukan penduduk setempat dan dilaporkan memecah masuk rumah bertingkat bercat putih itu sebelum melarikan pelbagai barangan termasuk televisyen, pakaian, pinggan mangkuk, kasut dan minyak wangi.
Rumah tersebut difahamkan tidak berpenghuni dan hanya dijaga oleh pembantu rumah, kerana keluarga Sri Mulyani tidak menetap di situ.
Pasukan TNI mula mengawal kawasan sekitar jam 3 pagi, dan pada jam 9.20 pagi, laluan ke rumah telah ditutup dengan hanya penduduk setempat dibenarkan melintas.
Wartawan hanya dibenarkan memantau dari jauh, sementara dua lori putih dilihat memuatkan barangan rosak dari lokasi kejadian.
Insiden ini berlaku di tengah gelombang ketidakstabilan sosial yang menyaksikan beberapa kediaman ahli politik lain turut menjadi sasaran, termasuk rumah Ahmad Sahroni, Eko Patrio dan Uya Kuya.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca dan rangkaian di sebalik siri pencerobohan ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Koordinator Bidang Perekonomian, Airlangga Hartarto, menafikan khabar angin mengenai peletakan jawatan Sri Mulyani susulan insiden tersebut.
Beliau mengesahkan kehadiran Sri Mulyani dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Presiden Prabowo Subianto pada hari yang sama, walaupun beliau tidak membuat sebarang pembentangan.
Kehadiran itu sekaligus menepis spekulasi mengenai pengunduran beliau dari kabinet.
Topic Berkaitan
#Sri Mulyani Indrawati
#TNI
#dikawal ketat
#pencerobohan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan