awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: TikTok gantung sementara ciri siaran langsung

Amanz
Amanz
31/08/2025
04:00 MYT
Rusuhan Indonesia: TikTok gantung sementara ciri siaran langsung
TikTok memaklumkan akan terus memantau situasi semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggantung sementara ciri siaran langsung bagi pengguna di Indonesia. - Gambar/ Reuters
PLATFORM media sosial TikTok mengumumkan penggantungan sementara ciri siaran langsung di Indonesia berikutan gelombang protes yang melanda negara itu susulan ketidakpuasan rakyat terhadap keadaan ekonomi dan politik semasa.

Ringkasan AI
  • TikTok menggantung sementara ciri siaran langsung di Indonesia susulan protes besar-besaran terhadap kenaikan elaun perumahan ahli politik yang dianggap tidak sensitif dalam keadaan ekonomi rakyat yang tertekan.
  • Ketegangan meningkat selepas insiden kematian seorang penghantar makanan yang dilanggar kenderaan polis, mencetuskan kemarahan awam dan memperluas demonstrasi di seluruh negara.
  • TikTok menyatakan komitmen untuk memastikan keselamatan kandungan dan kepatuhan terhadap garis panduan komuniti, sambil terus memantau situasi semasa di Indonesia.

Protes tercetus apabila rakyat Indonesia meluahkan kemarahan terhadap kenaikan elaun perumahan ahli politik yang dilaporkan hampir 10 kali ganda daripada gaji minimum negara.
Tindakan itu dianggap tidak sensitif dalam keadaan rakyat bergelut dengan tekanan kos sara hidup, cukai yang tinggi dan kadar inflasi yang membebankan.
Prabowo batal lawatan ke China
Ketegangan semakin memuncak apabila berlaku insiden tragis melibatkan seorang penghantar makanan yang maut selepas dilanggar kenderaan polis. Kejadian itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan memperluas skala demonstrasi di seluruh negara.
Dalam kenyataan rasmi, TikTok memaklumkan bahawa mereka akan terus memantau situasi semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggantung sementara ciri siaran langsung bagi pengguna di Indonesia.
Platform media sosial itu mempunyai lebih 100 juta pengguna aktif di negara tersebut dan turut melabur dalam Tokopedia, salah satu platform e-dagang utama Indonesia.
TikTok menegaskan komitmen mereka untuk memastikan perkongsian kandungan di platform kekal selamat dan mematuhi garis panduan komuniti yang ditetapkan. - Amanz
Topic Berkaitan
#rusuhan Indonesia
#Indonesia Gelap
#TikTok
#siaran langsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan