awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Usai bertemu pimpinan politik, Prabowo adakan mesyuarat Kabinet

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
31/08/2025
06:53 MYT
Rusuhan Indonesia: Usai bertemu pimpinan politik, Prabowo adakan mesyuarat Kabinet
Memetik laporan CNN Indonesia, perkara itu disahkan Menteri Koordinator Pemberdayaan Masyarakat, Muhaimin Iskandar. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Sejurus mengadakan pertemuan dengan dengan semua ketua parti politik, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dilapor akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Istana Negara, pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Presiden Prabowo Subianto dijadual mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Istana Negara pada Ahad, sejurus selepas bertemu semua ketua parti politik.
  • Menteri Koordinator Pemberdayaan Masyarakat, Muhaimin Iskandar, mengesahkan mesyuarat itu dan menyatakan Presiden telah memaklumkan perancangannya sejak Sabtu.
  • Antara yang dilihat hadir di Kompleks Istana Presiden ialah Muhaimin Iskandar, Zulkifli Hasan, Muzani Ahmad dan Edhie Baskoro, namun agenda mesyuarat belum didedahkan.

Memetik laporan CNN Indonesia, perkara itu disahkan Menteri Koordinator Pemberdayaan Masyarakat, Muhaimin Iskandar.
Menurutnya, Prabowo sudah memaklumkan perancangan mengadakan sidang Kabinet berkenaan sejak Sabtu.
‘’Memang akan ada pertemuan dengan Presiden dan seterusnya akan berlangsung mesyuarat Kabinet dan beliau (Presiden) sudah memaklumkan perkara ini sejak Sabtu,’’ katanya.
Selain Muhaimin, Menteri Koordinator Pertanian, Zulkifli Hasan, turut dilihat hadir di Kompleks Istana Presiden, namun beliau enggan memberi sebarang ulasan kepada media.
Antara pemimpin yang kelihatan tiba di Kompleks Istana Presiden termasuk Ketua Dewan Kehormatan Parti Gerindra, Muzani Ahmad, Ketua Umum Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Muhaimin Iskandar, Ketua Umum Parti Amanat Nasional (PAN), Zulkifli Hasan dan Naib Ketua Umum Parti Demokrat, Edhie Baskoro.
Topic Berkaitan
#Protes Indonesia
#Prabowo Subianto
#rusuhan Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan