DUNIA
Rusuhan Indonesia: Usai bertemu pimpinan politik, Prabowo adakan mesyuarat Kabinet
Memetik laporan CNN Indonesia, perkara itu disahkan Menteri Koordinator Pemberdayaan Masyarakat, Muhaimin Iskandar. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Sejurus mengadakan pertemuan dengan dengan semua ketua parti politik, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dilapor akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Istana Negara, pada Ahad.
Ringkasan AI
Memetik laporan CNN Indonesia, perkara itu disahkan Menteri Koordinator Pemberdayaan Masyarakat, Muhaimin Iskandar.
Menurutnya, Prabowo sudah memaklumkan perancangan mengadakan sidang Kabinet berkenaan sejak Sabtu.
‘’Memang akan ada pertemuan dengan Presiden dan seterusnya akan berlangsung mesyuarat Kabinet dan beliau (Presiden) sudah memaklumkan perkara ini sejak Sabtu,’’ katanya.
Selain Muhaimin, Menteri Koordinator Pertanian, Zulkifli Hasan, turut dilihat hadir di Kompleks Istana Presiden, namun beliau enggan memberi sebarang ulasan kepada media.
Antara pemimpin yang kelihatan tiba di Kompleks Istana Presiden termasuk Ketua Dewan Kehormatan Parti Gerindra, Muzani Ahmad, Ketua Umum Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Muhaimin Iskandar, Ketua Umum Parti Amanat Nasional (PAN), Zulkifli Hasan dan Naib Ketua Umum Parti Demokrat, Edhie Baskoro.
Ringkasan AI
- Presiden Prabowo Subianto dijadual mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Istana Negara pada Ahad, sejurus selepas bertemu semua ketua parti politik.
- Menteri Koordinator Pemberdayaan Masyarakat, Muhaimin Iskandar, mengesahkan mesyuarat itu dan menyatakan Presiden telah memaklumkan perancangannya sejak Sabtu.
- Antara yang dilihat hadir di Kompleks Istana Presiden ialah Muhaimin Iskandar, Zulkifli Hasan, Muzani Ahmad dan Edhie Baskoro, namun agenda mesyuarat belum didedahkan.