JAKARTA: Enam individu terdiri daripada tiga anggota jawatankuasa penganjur dan tiga anggota polis berdepan tuduhan jenayah berkaitan tragedi 1 Okt di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur yang meragut 125 nyawa termasuk kanak-kanak.
Tiga anggota polis itu adalah mereka yang bertugas semasa pertembungan 'derby Jawa Timur' antara Arema FC dan Persebaya Surabaya, kata Ketua Polis Jenderal Listyo Sigit Prabowo dalam sidang media yang disiarkan stesen televisyen tempatan.
Beliau berkata mereka akan didakwa di bawah Perkara 359 dan 360 Kanun Keseksaan iaitu kecuaian sehingga menyebabkan kematian dan Perkara 103 perenggan 1 Undang-Undang No 11 Tahun 2022 mengenai sukan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia
Listyo berkata ketua PT Liga Indonesia Baru, organisasi yang mentadbir pertandingan bola sepak profesional Indonesia disyaki gagal memastikan stadium memenuhi syarat untuk pensijilan operasi.
Ketua jawatankuasa pengelola pertandingan Arema FC mencetak tiket melebihi kuota menjadi 42,000 tiket melampaui had 38,000 tiket dan pegawai keselamatan kelab tidak menyelaraskan penjaga pintu ketika kejadian.
Seorang anggota polis didapati gagal mencegah penggunaan gas pemedih mata meskipun tahu ia dilarang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa, manakala dua lagi memerintahkan anggota bawahan melepaskan gas pemedih mata.
Jika sabit kesalahan keenam-enam mereka boleh dipenjara maksimum lima tahun, kata Listyo sambil menambah, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada penambahan suspek memandangkan siasatan masih diteruskan.
Kekalahan pertama Arema FC di tempat sendiri kepada Persebaya Surabaya dalam tempoh 23 tahun mencetuskan kemarahan penyokongnya yang memasuki padang untuk bersemuka dengan pemain dan pegawai pasukan itu sebaik tamat perlawanan.
Situasi tegang memaksa pihak keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan menyebabkan ribuan penyokong berasak-asak untuk keluar stadium melalui beberapa pintu sehingga berlaku rempuhan.
Akibat insiden itu, Arema FC didenda 250 juta rupiah (RM76,124) oleh Persatuan Bola Sepak Indonesia, manakala Polis Indonesia memecat ketua polis Malang dan sembilan lagi anggota.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022

Anggota polis melepaskan gas pemedih mata ketika rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang pada 1 Oktober lepas. - Foto fail/AP

Selatan Thailand | Lawatan Anwar beri momentum kepada rundingan damai
Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu membawa perubahan positif dalam rundingan damai selatan Thailand. Penolong Dekan Kolej Islam Antarabangsa Universiti Krirk, Dr Bandit Aroman berpendapat pengaruh perdana menteri di negara itu mampu pemangkin bagi mempercepatkan rundingan damai.

Rasuah | Kakitangan hospital direman terima suapan urus jenazah
Seorang Penolong Pegawai Perubatan sebuah hospital di Temerloh direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan berjumlah RM17,859.00 bagi mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah daripada ejen-ejen pengurus jenazah.

Peguam Negara | Pengganti Tan Sri Idrus Harun masih dibincangkan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malumkan perbincangan masih dijalankan berhubung pengganti Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara.
![[TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highland [TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008558/35293274881675849832030_640x360.jpg)
[TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highland
Enam disahkan maut dalam nahas melibatkan sebuah van yang terbabas ke sisi jalan di KM 4.8 jalan turun Genting Highland pada Rabu.

PN Selangor tiada pelawa KJ jadi calon PRN, MB - Zulkafperi
Zulkafperi berkata, setakat ini tiada perbincangan diadakan pimpinan Bersatu Selangor dengan Khairy berhubung tawaran berkenaan.

China bantah tindakan AS tembak jatuh belon 'awam'
China mengemukakan bantahan selepas 'belon' ditembak jatuh oleh Amerika Syarikat (AS).

Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa bunuh pemandu e-hailing
Enam individu termasuk pegawai dan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret, Tawau pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pemandu e-hailing.

Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.

Gempa bumi: MRA lancar tabung bantu mangsa di Turkiye, Syria
MRA merayu orang ramai untuk menyumbang bagi membantu agensi itu menyalurkan bantuan kepada dua negara tersebut.

Polis sahkan tiada NGO di Johor terlibat kongsi gelap
Polis Johor mengesahkan tiada badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu yang terlibat dengan kegiatan kongsi gelap.

FIFA tidak kenakan hukuman ke atas Indonesia, kata Jokowi
Perkara itu disampaikan oleh Presiden FIFA Gianni Infantino menerusi surat kepada Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Enam individu berdepan tuduhan jenayah
Enam individu terdiri daripada tiga anggota jawatankuasa penganjur dan tiga anggota polis berdepan tuduhan jenayah.
![[LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia [LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664768781_AremaFCsupporters.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia
Portal berita Indonesia, melaporkan sekurang-kurangnya dua daripada mangsa yang terbunuh terdiri daripada anggota polis tempatan.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Arema FC didenda RM75,950
Dua pegawai Arema FC digantung seumur hidup dan dilarang melakukan apa juga aktiviti berkaitan bola sepak seumur hidup.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Pegawai polis terkorban dinaik pangkat
Dua pegawai polis yang terkorban ketika bertugas dalam tragedi 1 Oktober di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, dinaikkan pangkat.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Tindakan tegas menunggu anggota polis, tentera
Anggota yang didapati bersalah bukan lagi berhadapan dengan hukuman etika tatatertib tetapi hukuman jenayah.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Skuad B-16 beraksi di stadium kosong di Bogor
PSSI umumkan kesemua aksi Kumpulan B di Stadium Pakansari di Cibinong akan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Krisdayanti titip doa buat mangsa terkorban
Krisdayanti sedih korban bola sepak.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak maut, tujuh cedera
17 kanak-kanak meninggal dunia manakala tujuh lagi sedang menerima rawatan. Ada kemungkinan angka korban akan meningkat.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Malaysia sedia hulur bantuan - Ahmad Faizal
Ini kerana Indonesia bukan sekadar negara jiran kepada Malaysia bahkan merupakan sahabat serta saudara serumpun.