awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Semakan semula sahkan jumlah korban 125 orang - Polis Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2022
15:56 MYT
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Semakan semula sahkan jumlah korban 125 orang - Polis Indonesia
Pihak berkuasa sudah mengenal pasti identiti semua mangsa yang terbabit. - Gambar/ Reuters
POLIS Indonesia malam ini menjelaskan semakan semula jumlah mangsa tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur, mendapati angka sebenar korban ialah 125 orang.
Jurucakap pasukan itu berkata, perbezaan jumlah mangsa yang dilaporkan sebelum ini disebabkan kesilapan dalam rekod kematian di 10 hospital yang mengendalikan mangsa, lapor Bernama.
Sementara itu, Kompas.com melaporkan, berdasarkan maklumat yang dikemas kini malam ini, polis mengesahkan seramai 323 orang lagi cedera dalam kejadian berkenaan.
Menurut laporan berkenaan, pihak berkuasa sudah mengenal pasti identiti semua mangsa yang terbabit.
[LAPOR LANGSUNG] Rusuhan perlawanan bola sepak Stadium Kanjuruhan: Kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia
Sebelum ini beberapa media tempatan dan antarabangsa melaporkan angka korban yang berbeza iaitu antara 125 hingga 174 orang dengan memetik sumber yang sahih.
Terdahulu, Ketua Polis Jawa Timur, Inspektor Jeneral Nico Afinta dilapor berkata, kejadian pada Sabtu malam tercetus apabila penyokong Arema meluru ke dalam padang selepas pasukan mereka tewas 2-3 kepada Persebaya Surabaya.
Keadaan itu menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi meredakan ketegangan.
Insiden itu disifatkan sebagai salah satu bencana terburuk dalam arena bola sepak dunia selepas di Peru yang mengorbankan 300 individu dalam kejadian lebih 50 tahun lalu.
Topic Berkaitan
#rusuhan Stadium Kanjuruhan
#Polis Indonesia
#angka sebenar korban
#tragedi bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan