awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tarif 25 peratus, Trump 'acah', tidak berani buat - Penganalisis
Penempatan koloni PATI ‘kebal’ tepi lebuh raya digempur, 71 ditahan
Kakak tidak sangka pertemuan dengan Mohamed Saiful dua minggu lepas adalah yang terakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU COVID-19 Singapura bolehkan pengambilan tanah untuk tingkat kapasiti penjagaan kesihatan

Bernama
Bernama
07/04/2020
20:17 MYT
RUU COVID-19 Singapura bolehkan pengambilan tanah untuk tingkat kapasiti penjagaan kesihatan
Gan berkata RUU memberi kuasa kepada Menteri atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa untuk melantik pegawai penguat kuasa mengambil tindakan terhadap individu yang melanggar perintah dan keperluan. Foto Facebook MOH Singapura/Fail
Rang Undang-Undang (RUU) COVID-19 (Langkah Sementara) Singapura akan membolehkan pengambilan tanah, hartanah atau perkhidmatan yang diperlukan untuk meningkatkan keupayaan penjagaan kesihatan serta kesihatan awam republik itu, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.
Sebagai contoh, beliau berkata jika jumlah kes COVID-19 terus meningkat di Singapura, mungkin menjadi keperluan untuk mengambil alih bangunan yang sesuai untuk dijadikan kemudahan penginapan dan penjagaan.
"Ia diperlukan bagi mengasingkan individu yang disyaki atau disahkan dijangkiti, untuk mengurangkan risiko penyebaran yang lebih luas, di samping merawat mereka," kata Gan dalam ucapannya semasa bacaan kali kedua RUU itu di Parlimen pada Selasa.
Bagaimanapun, katanya, dalam krisis seperti ini, masa menjadi perkara penting dan "kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada rundingan komersial atau muhibah pemilik sumber."
"Kita perlu bergerak pantas," katanya, sambil menambah bahawa RUU berkenaan menyediakan pilihan untuk menguatkuasakan Akta Pengambilan Sumber (RORA), bertujuan mengekang COVID-19 serta menjaga pesakit dan mereka yang berisiko.
"Sekiranya RORA digunakan, kerajaan akan melaksanakan peruntukan ini secara bijaksana dan bekerjasama rapat dengan pihak yang terlibat," katanya.
Gan juga berkata RUU itu memberi kuasa kepada Menteri atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa oleh Menteri untuk melantik pegawai penguat kuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu, pemilik perniagaan atau entiti yang melanggar perintah dan keperluan.
Pegawai penguat kuasa akan termasuk pegawai polis, pegawai awam dan pegawai kesihatan yang dilantik di bawah Akta Penyakit Berjangkit.
"Kita perlu memberi peringatan yang tegas kepada mereka yang membantah langkah-langkah itu, kerana mereka bukan sahaja meletakkan diri mereka tetapi juga orang lain dalam risiko," katanya, sambil menambah bahawa penalti adalah sejajar dengan yang di bawah Akta Penyakit Berjangkit.
Bagi pesalah kali pertama, penalti adalah denda sehingga S$10,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali manakala bagi kesalahan kedua atau seterusnya, hukuman adalah denda sehingga S$20,000, atau penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ambil alih
#bangunan
#COVID-19
#Gan Kim Yong
#kemudahan penginapan
#kemudahan penjagaan
#kerajaan
#kesihatan
#koronavirus
#krisis
#Menteri Kesihatan
#pengasingan pesakit
#Rang Undang-Undang
#RUU COVID-19 Langkah Sementara Singapura
#Singapura
#tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan