DUNIA
Ryanair batal 170 penerbangan akibat mogok kawalan trafik udara Perancis
Ryanair telah lama berkempen untuk pembaharuan perkhidmatan ATC di seluruh Eropah. - Reuters
LONDON: Lebih 30,000 penumpang terjejas selepas syarikat penerbangan tambang rendah Ryanair terpaksa membatalkan lebih 170 penerbangan akibat mogok oleh pengawal trafik udara Perancis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Syarikat penerbangan dari Ireland itu memaklumkan pembatalan pada Khamis dan Jumaat akan menjejaskan penerbangan ke dan dari Perancis, serta penerbangan yang melalui ruang udara negara itu ke destinasi seperti United Kingdom, Greece, Sepanyol dan Ireland.
Ketua Pegawai Eksekutif Ryanair, Michael O'Leary, sekali lagi menggesa Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen, untuk mengambil "tindakan segera" bagi mereformasi perkhidmatan kawalan trafik udara (ATC) Kesatuan Eropah berikutan gangguan ini yang berlaku pada permulaan cuti musim panas Eropah.
O'Leary berkata: "Sekali lagi, keluarga Eropah menjadi tebusan akibat pengawal trafik udara Perancis yang mogok.
"Tidak dapat diterima bahawa penerbangan yang melalui ruang udara Perancis untuk ke destinasi mereka dibatalkan atau ditangguhkan akibat satu lagi mogok ATC Perancis.
"Ia tidak masuk akal dan sangat tidak adil kepada penumpang dan keluarga EU yang mahu bercuti."
Ryanair telah lama berkempen untuk pembaharuan perkhidmatan ATC di seluruh Eropah.
Syarikat itu mahu EU memastikan perkhidmatan ATC mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk gelombang pelepasan harian pertama serta melindungi penerbangan lintas ruang udara ketika mogok ATC kebangsaan.
"Kedua-dua pembaharuan ini akan menghapuskan 90 peratus kelewatan dan pembatalan ATC serta melindungi penumpang EU daripada gangguan ATC yang berulang dan boleh dielakkan akibat satu lagi mogok ATC Perancis," tambah O'Leary.
Ryanair turut memaklumkan pada Rabu bahawa syarikat itu turut terjejas akibat konflik terkini di Timur Tengah sehingga terpaksa membatalkan lebih 800 penerbangan bulan lalu.
Syarikat itu antara yang membatalkan dan mengubah laluan penerbangan susulan konflik antara Israel dan Iran, serta serangan berterusan di Gaza.
Minggu lalu, penerbangan di Lapangan Terbang Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dihentikan dengan penumpang dimaklumkan untuk menjangka kelewatan dan pembatalan lanjut.
Ryanair bagaimanapun memaklumkan masih mengendalikan lebih 109,000 penerbangan pada Jun, menunjukkan kurang daripada 1 peratus penerbangan terjejas.
Syarikat berpangkalan di Ireland itu membawa 19.9 juta penumpang pada Jun, meningkat 3 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.
-- BERNAMA