awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ryanair tempah 75 unit Boeing 737 Max

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2020
23:30 MYT
Ryanair tempah 75 unit Boeing 737 Max
Jumlah transaksi tidak didedahkan namun laporan The Associated Press percaya Ryanair memperoleh potongan harga susulan tekanan Boeing untuk meningkatkan pesanan. -REUTERS
SYARIKAT penerbangan tambang rendah Ryanair dilapor memesan 75 unit Boeing 737 Max.
Pesanan itu dibuat beberapa minggu sebelum pesawat berkenaan menyambung kembali penerbangan komersial.
Sebelum ini American Airlines mengumumkan penyambungan semula penerbangan menggunakan pesawat 737 Max bermula 29 Disember ini.
Pesawat berkenaan dilaporkan dikemas kini dan juruterbang telah diberikan latihan semula.
Ini selepas dua insiden yang mengakibatkan kematian 346 orang melibatkan pesawat Lion Air dan Ethiopian Airlines pada 2018 dan 2019.
Pesanan Ryanair itu meningkatkan jumlah pesanan untuk 737 Max kepada 210.
Ini selepas siri pembatalan lebih 1,000 tempahan oleh syarikat lain sementara menunggu kelulusan FAA dan kesan COVID-19 ke atas perjalanan udara.
Ketua Pegawai Eksekutif Ryanair, Michael O'leary berkata pihaknya percaya kombinasi vaksin dan pesawat baharu itu akan membolehkan mereka kembali untuk mencatat pertumbuhan kukuh di Eropah.
“Selama lima tahun di Eropah, ini adalah pesawat yang paling diteliti, paling diperiksa dalam sejarah.
“Ia akan menjadi pesawat paling selamat yang akan dihasilkan,” katanya.
Tambah O'leary, pesawat itu menawarkan penjimatan sekitar 16 peratus bahan bakar untuk setiap tempat duduk.
Jumlah transaksi tidak didedahkan namun The Associated Press percaya Ryanair memperoleh potongan harga susulan tekanan Boeing untuk meningkatkan pesanan.
Topic Berkaitan
#Boeing
#COVID-19
#American Airlines
#Ryanair
#Lion Air
#pesawat
#penerbangan
#Michael O'Leary
#Ethiopian Airlines
#penerbangan tambang rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan