Saham di Bursa AS meningkat, pelabur optimis keputusan Kongres

Agensi
November 4, 2020 22:42 MYT
Antara saham yang menjadi tumpuan termasuk saham teknologi yang dijangka akan terus meningkat. - Gambar fail
WASHINGTON: Saham di Bursa Amerika Syarikat ditutup tinggi pada Rabu dengan pelabur optimistik yang perubahan polisi besar akan sukar susulan persaingan sengit di Kongres.
Menurut laporan Reuters, antara saham yang menjadi tumpuan termasuk saham teknologi yang dijangka akan terus meningkat.
Saham yang bersifat siklikal seperti saham perbankan dan tenaga kekal mendatar.
Menurut pakar dipetik Reuters, biarpun jika calon Parti Demokrat Joe Biden menang, perubahan polisi dijangka sukar susulan Kongres yang hampir seimbang sehingga kini.
Ini akan menyukarkan Rang Undang-undang diluluskan dengan mudah oleh sesebuah parti dalam mana-mana dewan.
Pada penutup, indeks Dow Jones naik 367 mata, S&P 500 naik 74 mata dan Nasdaq naik 430 mata.
#saham #Bursa AS #pelabur #keputusan kongres #Joe Biden #Parti Demokrat #Dow Jones #S&P 500 #polisi #kongres