INTERNATIONAL
AS sahkan rundingan nuklear seterusnya dengan Iran akan diadakan di Oman esok
Satu pasukan daripada IAEA dijangka melawat Iran minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan. Anggota tentera Iran dilihat mengawal fasiliti nuklear di Isfahan, Iran. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengesahkan bahawa pusingan seterusnya rundingan nuklear tidak langsung dengan Iran akan diadakan pada Sabtu ini di Oman, dengan Michael Anton, pengarah perancangan dasar Jabatan Negara, mengetuai delegasi teknikal AS.
Utusan khas AS Steve Witkoff juga akan hadir rundingan itu, lapor Anadolu Ajansi memetik jurucakap Jabatan Negara Tammy Bruce.
"Terdapat garis yang sangat jelas tentang apa yang boleh diterima dan apa yang tidak boleh diterima," katanya. "Memiliki senjata nuklear adalah sesuatu yang tidak boleh diterima."
Bruce turut memaklumkan bahawa satu pasukan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dijangka melawat Iran minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan.
Kenyataan itu dibuat susulan kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio pada Rabu yang berkata Iran boleh meneruskan program nuklear awam sekiranya bersetuju untuk menghentikan aktiviti pengayaan uranium.
"Terdapat laluan ke arah program nuklear awam dan aman jika mereka mahukannya, tetapi jika mereka bertegas untuk terus melakukan pengayaan, maka mereka akan menjadi satu-satunya negara di dunia yang tidak mempunyai program senjata tetapi melakukan 'pengayaan' - itu bermasalah," katanya.
Iran dan AS mengadakan dua pusingan rundingan di Oman dan Itali awal bulan ini, dengan kedua-dua pihak menyifatkan rundingan itu sebagai "membina".
Trump sebelum ini mengancam untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran sekiranya perjanjian nuklear baharu tidak dicapai bagi menggantikan perjanjian nuklear 2015.
-- BERNAMA