Skip to main content

Dunia

AS sahkan sekurang-kurangnya 200 anggota tentera cedera dalam perang dengan Iran

Two F/A-18 Super Hornets launch from the flight deck of the U.S. Navy Nimitz-class aircraft carrier USS Abraham Lincoln in support of the Operation Epic Fury attack on Iran from an undisclosed location March 3, 2026. U.S. Navy/Handout via REUTERS
Menurut pegawai tentera AS, sebahagian besar serangan yang mencederakan anggota tentera berlaku akibat dron serangan ‘satu hala’ yang dilancarkan Iran. - Foto REUTERS

DOHA: Sekurang-kurangnya 200 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) telah cedera sejak perang AS-Israel terhadap Iran bermula pada 28 Februari, menurut jurucakap Komando Pusat AS (CENTCOM), Kapten Tim Hawkins.

Daripada jumlah itu, 10 anggota dilaporkan cedera parah, manakala 180 telah kembali bertugas.

Advertisement

Hawkins berkata kecederaan yang dialami termasuk melecur, kecederaan otak traumatik (TBI) dan kecederaan akibat serpihan letupan.

Menurut pegawai tentera AS, sebahagian besar serangan yang mencederakan anggota tentera berlaku akibat dron serangan ‘satu hala’ yang dilancarkan Iran.
 
Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Dan Caine, berkata minggu lalu bahawa dron tersebut bertanggungjawab terhadap majoriti korban dan kecederaan dalam kalangan anggota tentera AS.

Setakat ini, 13 anggota tentera AS telah terkorban sejak perang bermula.
  
Kematian itu termasuk enam anggota yang maut dalam nahas pesawat KC‑135 di Iraq minggu lalu.

Perang bermula pada 28 Februari selepas AS dan Israel melancarkan operasi besar-besaran menyasarkan tapak ketenteraan dan kerajaan Iran, termasuk serangan yang menyebabkan kematian Ayatollah Ali Khamenei pada hari pertama.

Iran membalas dengan melancarkan peluru berpandu dan dron ke Israel, pangkalan AS di rantau Teluk, serta beberapa negara jiran.
 

Must Watch Video