awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saintis China temui bukti lahar pernah terdapat di bulan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/09/2022
00:45 MYT
Saintis China temui bukti lahar pernah terdapat di bulan
Bulan pernah mempunyai sejarah aliran lahar berdasarkan bukti geologi. - Foto fail
BEIJING: Satu pasukan penyelidik dari China telah menemui bukti geologi bahawa terdapat sekurang-kurangnya empat lapisan aliran lahar di bulan, menurut kenyataan akhbar dari Pusat Sains Angkasa Lepas Kebangsaan (NSSC) negara itu baru-baru ini.
Sebelum ini, misi kapal angkasa tanpa pemandu di negara itu, Chang'e-5 membawa sejumlah 1,731 gram sampel bulan kembali ke bumi pada penghujung tahun 2020 lalu.
Para saintis yang melakukan penyelidikan itu turut mencadangkan bahawa kawasan pendaratan Chang'e 5 adalah kaya dengan unsur penghasilan haba termasuk uranium, torium dan kalium.
Menurut mereka, unsur-unsur itu meningkatkan aktiviti gunung berapi yang telah lama wujud di bulan.
Du Jun yang mengetuai penyelidikan itu memberitahu China Daily bahawa kajian ketebalan batu basalt dan kadar letusannya di kawasan pendaratan Chang'e-5 akan meningkatkan lagi pemahaman tentang aktiviti gunung berapi bulan dan sejarah evolusi haba dalaman.
Basalt ialah batu igneus yang berwarna gelap dan berasal dari gunung berapi.
Du juga berhujah bahawa kadar letusan di kawasan pendaratan Chang'e-5 meningkat dengan ketara kira-kira dua bilion tahun lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bulan
#lahar
#NSSC
#Chang'e-5
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan