DUNIA
Saintis Jepun Sakaguchi, Kitagawa terima anugerah Nobel di Stockholm
Shimon Sakaguchi (kiri) dan Susumu Kitagawa menerima Hadiah Nobel di Stockholm. - Gambar/ Reuters
STOCKHOLM: Dua saintis Jepun, Shimon Sakaguchi dan Susumu Kitagawa pada Rabu menerima Hadiah Nobel di Stockholm atas pencapaian masing-masing dalam bidang perubatan dan kimia, lapor Kyodo News.
Ringkasan AI
Raja Sweden Carl XVI Gustaf menyampaikan pingat emas dan diploma kepada Sakaguchi, profesor terkemuka berusia 74 tahun dari Universiti Osaka dan Kitagawa, profesor terkemuka berusia 74 tahun dari Universiti Kyoto, dalam majlis penyampaian anugerah di Stockholm Concert Hall.
Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 10 tahun penyelidik Jepun menerima Hadiah Nobel dalam dua bidang berbeza pada tahun yang sama.
Sakaguchi, penerima Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan, diiktiraf kerana menemui sel T pengawal (regulatory T cells atau Tregs) yang menghalang sel T lain daripada menyerang sel sihat tubuh, sekali gus membuka laluan kepada rawatan baharu bagi penyakit autoimun, kanser dan pelbagai penyakit lain.
Kitagawa pula menerima Hadiah Nobel Kimia atas pembangunan bahan berliang yang dikenali sebagai rangka logam-organik (metal-organic frameworks), yang mampu menyimpan dan melepaskan gas seperti metana dan nitrogen.
"Ini satu penghormatan yang sangat besar dan hari ini menjadi detik istimewa dalam hidup saya," kata Sakaguchi kepada wartawan selepas majlis.
Setiap Hadiah Nobel disertakan ganjaran sebanyak 11 juta kronor (US$1.2 juta).
Kedua-duanya berkongsi anugerah dengan dua lagi penyelidik dalam bidang masing-masing.
Dengan itu, Jepun kini mempunyai 31 penerima Hadiah Nobel, termasuk Nihon Hidankyo, kumpulan utama mangsa terselamat bom atom di Jepun yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan tahun lalu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Saintis Jepun, Shimon Sakaguchi dan Susumu Kitagawa, terima Hadiah Nobel di Stockholm atas pencapaian dalam bidang perubatan dan kimia.
- Sakaguchi diiktiraf kerana penemuan sel T pengawal yang membuka laluan kepada rawatan baru bagi penyakit autoimun dan kanser.
- Kitagawa menerima anugerah atas pembangunan bahan berliang yang mampu menyimpan dan melepaskan gas seperti metana dan nitrogen.