Saintis Palestin Sufyan Tayeh terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza

Agensi
Disember 2, 2023 23:00 MYT
Seorang saintis Palestin, Dr Sufyan Tayeh merupakan antara korban terbaharu dalam serangan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Sabtu.
GAZA: Seorang saintis Palestin, Dr Sufyan Tayeh merupakan antara korban terbaharu dalam serangan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Sabtu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kajian Sains, Sufyan merupakan Presiden Islamic University of Gaza yang terbunuh dalam serangan di Jabalya.
Sehubungan itu, kementerian berkenaan menzahirkan rasa sedih dengan pemergian tokoh akademik itu.
Allahyarham Sufyan merupakan seorang profesor dalam bidang fizik dan matematik, menurut Al-Najah National University.
Beliau disenaraikan sebagai antara dua peratus daripada saintis terbaik di dunia berdasarkan kajian yang dibuat oleh syarikat penerbitan antarabangsa, Elsevier and Stanford University, kata Al-Najah.
“Beliau juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa dalam bidang Sains Fizikal dan Sains Angkasa UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) di Palestin,” jelas universiti itu lagi. - Agensi
#saintis Palestin #Dr Sufyan Tayeh #saintis Palestin terbunuh #israel serang gaza