awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saintis Sweden cipta bahan bakar daripada sisa pokok

Agensi
Agensi
25/01/2019
00:00 MYT
Saintis Sweden cipta bahan bakar daripada sisa pokok
Seiring pembangunan produk yang boleh diperbaharui yang lain, Hulteberg sangat berharap usaha tersebut mampu membantu manusia daripada terus bergantung kepada bahan bakar fosil. - Gambar hiasan
Bayangkan pada suatu hari nanti sisa akar, ranting dan dahan pokok mampu dijadikan sumber kuasa untuk kenderaan.
Itu adalah misi yang cuba direalisasikan sekumpulan para penyelidik Sweden setelah mereka berjaya membangunkan produk sampingan daripada pulpa pokok untuk tujuan itu, lapor Reuters.
Saintis kejuruteraan kimia dari Lund University Christian Hulteberg, menggunakan bahan kimia yang terhasil daripada sisa habuk kayu atau pulpa serta pengeluaran kertas, untuk mencipta polimer yang dipanggil lignin.
Selepas proses penulenan dan penapisan, bahan tersebut diubah menjadi campuran gasolin, atau minyak tanah.
"Kami sebenarnya menggunakan bahan yang tidak lagi digunakan selepas mereka menghasilkan kertas dan pulpa. Ia secara langsung memberi nilai kepada komponen pokok,” ujarnya.
Meskipun kini dilakukan dalam skala sederhana, Hulteberg telah memulakan tapak operasi kajian tersebut dan berharap ia boleh didapati di stesen perkhidmatan menjelang 2021.
Walaupun usaha tersebut mungkin hanya mampu menampung sebahagian kecil permintaan dalam permotoran Sweden, Hulteberg sangat berharap, seiring pembangunan produk yang boleh diperbaharui yang lain, ia mampu membantu manusia daripada terus bergantung kepada bahan bakar fosil.
Topic Berkaitan
#bahan api fosil
#bahan bakar
#habuk kayu
#Kajian
#pokok
#pulpa
#saintis
#Sweden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan