awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'

Amanz
Amanz
27/07/2024
05:00 MYT
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
Batuan mangan, nikel dan kobalt yang bertebaran di lantai laut memerlukan jutaan tahun untuk dihasilkan semula secara semula jadi. – Gambar/ Geomar Bilddatenbank/ Amanz
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
Tetapi saintis dari Scottish Association for Marine Science (SAMS) kini mengumumkan penemuan oksigen dihasilkan di dasar laut dalam tanpa proses fotosintesis.
Menurut Prof. Andrew Sweetman yang mengetuai pasukan saintis di SAMS, beliau mengesan kehadiran oksigen pada Zon Clarion-Clipperton (CCZ) yang terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik.
Pada awalnya beliau menyangka terdapat kesilapan pada sensor yang menyebabkan oksigen dikesan pada kedalaman 4000 meter yang tidak gelap gelita.
Tetapi selepas bertahun-tahun mendapat keputusan yang sama, beliau mula merasakan terdapat proses penghasilan oksigen dalam gelap (dark oxygen) di CCZ.
Beliau menyedari terdapat ketulan batu kecil di dasar laut yang mengandungi logam mangan, nikel dan kobalt. Ini ialah komponen logam yang sama diperlukan untuk menghasilkan bateri.
Apabila batu ini dibawa naik, beliau menyedari ia berfungsi seperti bateri semula jadi dalam air laut. Batu yang bersentuhan dalam kluster didapati menghasilkan voltan yang sama seperti sebuah bateri AA.
Pasukan saintis SAMS berkata, ini membolehkan proses elektrolisis berlaku dengan air laut dileraikan menjadi komponen asas oksigen dan hidrogen. Ini adalah penemuan yang tidak dilaporkan sebelum ini dan mengubah persepsi bagaimana oksigen dihasilkan oleh laut.
Batuan yang selama ini diingatkan tidak memainkan sebarang peranan sebenarnya perlu untuk membekalkan oksigen kepada hidupan akuatik di dasar laut.
Mereka juga mendapati kawasan dasar laut yang dilombong untuk mendapatkan batuan mangan, nikel dan kobalt tidak kembali pulih walaupun tidak lagi dilombong sejak 1980-an. Tanpa batuan yang menghasilkan oksigen, ia kekal sebagai kawasan mati tanpa sebarang hidupan akuatik.
Penemuan ini menunjukkan bahaya membenarkan perlombongan laut dalam diteruskan kerana ia jelas mendatangkan impak kepada ekosistem sedia ada.
Batuan mangan, nikel dan kobalt yang bertebaran di lantai laut memerlukan jutaan tahun untuk dihasilkan semula secara semula jadi. Laporan kajian diterbitkan dalam jurnal Nature Geoscience. - Amanz
Topic Berkaitan
#oksigen dasar laut
#Penemuan baharu
#kepentingan batu dasar laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan