awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saksi utama kongsi detik ngeri insiden tembakan taska

Faida Rahim
Faida Rahim
07/10/2022
08:38 MYT
Saksi utama kongsi detik ngeri insiden tembakan taska
Sepanjang mengenalinya, dia seorang yang sopan ketika menghantar anaknya dan seorang yang melatah. Tetapi semasa hari kejadian rakan sekerja memberitahu mata lelaki itu agak pelik dan dia tidak banyak bercakap. - Unsplash
BANGKOK: Saksi utama kejadian tembakan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di wilayah Nong Bua Lam Phu menceritakan detik ngeri dialaminya ketika berdepan dengan insiden itu, pada Khamis.
Memetik laporan media, guru besar, Nanticha Panchum memaklumkan kejadian bermula ketika dia sedang menyediakan hidangan tengah hari untuk 24 kanak-kanak yang sedang tidur.
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi lima das tembakan. Detik ngeri itu sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan. Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan seterusnya. Saya benar-benar tidak dapat memikirkan apa-apa.
"Kami berusaha mengunci pintu, tetapi pelaku berjaya memecahkan pintu masuk dan masuk ke bilik kanak-kanak yang sedang tidur," katanya.
Kongsi Panchum, hanya seorang kanak-kanak sahaja terselamat dalam kejadian.
Tambahnya lagi, dia mengenali si pelaku sebagai salah seorang bapa kepada kanak-kanak yang bersekolah di situ.
“Sepanjang mengenalinya, dia seorang yang sopan ketika menghantar anaknya dan seorang yang melatah. Tetapi semasa hari kejadian rakan sekerja memberitahu mata lelaki itu agak pelik dan dia tidak banyak bercakap.
“Pelaku juga nampak gelisah sebelum serangan itu dan melepaskan tembakan selepas tidak menemui anaknya di lokasi,” katanya.
Difahamkan, anak lelaki pelaku tidak hadir ke taska selama sebulan.
Kolonel polis, Jakkapat Vijitraithaya, mengenal pasti pelaku yang dikenali sebagai sebagai Panya Khamrab merupakan seorang polis berpangkat Leftenan Kolonel yang didakwa dipecat kerana menggunakan dadah, tahun lalu.
Penyerang terbabit kemudian dilapor membunuh diri.
Topic Berkaitan
#guru
#Dadah
#tembakan
#taska Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan