Salji lebat diramal landa sebahagian besar kawasan di Seoul

Bernama
Disember 30, 2023 05:15 MYT
Pemandangan di sebuah loji kuasa termoelektrik di Seoul, Korea Selatan, 21 Dis 2023. - Gambar fail REUTERS
SEOUL: Agensi cuaca Korea Selatan pada Sabtu mengeluarkan amaran salji lebat atau hujan dijangka melanda di kebanyakan kawasan di Seoul menjelang tahun baharu.
Amaran itu berkuat kuasa pukul 9 pagi di bahagian timur laut dan barat laut Seoul serta Incheon di sebelah barat dan di kawasan Gyeonggi, menurut Agensi Berita Yonhap yang memetik Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).
Salji dijangka mencapai lima sentimeter atau lebih dalam tempoh 24 jam.
Sementara itu, hujan sehingga 0.1mm atau salji kurang dari 0.1 cm dijangka melanda bahagian timur Gyeonggi dan selatan Chungcheong.
Menurut agensi itu salji lebat turut diramal melanda di pedalaman di timur Gangwon pada Ahad pagi dan di kawasan pantai pada sebelah petang.
-- BERNAMA
#Korea Selatan #salji #hujan #Seoul