Cuaca buruk terus melanda beberapa kawasan di Jerman.

Kehadiran salji tebal telah menimbulkan pelbagai masalah khususnya ke atas sektor pengangkutan.

Keadaan jalan raya yang licin dan berais menyebabkan kesesakan yang agak teruk.

Semuanya disebabkan banyak kenderaan komersial yang terperangkap atau terkandas di jalan raya.

Dalam pada itu, penduduk tempatan segera membersihkan salji di bumbung kediaman masing-masing.

Ini kerana mereka bimbang keadaan akan jadi lebih teruk dan akan membawa kesan lebih besar.

Bagaimanapun, sesetengah penduduk menganggap kehadiran sajli tebal itu sebagai satu keunikan. Malah ia mendoring penduduk menikmati salji tebal dengan bersiar-siar di sekitar kawasan perumahan.

Jabatan Meteorologi Jerman meramalkan cuaca sejuk akan berkurangan dalam masa terdekat. Akan tetapi semua kenderaan diminta terus berhati-hati kerana permukaan berais akan kekal selama beberapa hari lagi.