Salji tebal dan ribut kuat landa Britain

Agensi
Februari 26, 2018 22:40 MYT
Warga London berjalan dengan berpakaian tebal ketika salji turun dengan lebat, 26 Feb, 2018. REUTERS
Salji tebal dan ribut yang melanda sebahagian kawasan di Britain sejak Isnin telah menjejaskan sistem pengangkutan kereta api di negara itu.
Jabatan kaji cuaca turut meramalkan suhu yang lebih sejuk dalam tempoh masa terdekat.
Beberapa jadual perjalanan kereta api terpaksa dibatalkan susulan salji tebal berkenaan.
Cuaca sejuk melampau dijangka menyebabkan peningkatan jumlah pesakit dirawat di hospital.
Keadaan sama dijangka akan melanda England, Scotland dan Ireland.
#Britain #England #Hospital #Scotland