awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2023
00:45 MYT
AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine
Pemberian bantuan tambahan ini diumum jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby ketika Rusia meneruskan operasi ketenteraan ke atas Kiev. - Foto fail/AP
PRESIDEN Joe Biden meluluskan pakej ketenteraan baharu untuk Ukraine, bernilai AS$300 juta.
Bantuan ini merangkumi peluru untuk dron dan persenjataan.
Pemberian bantuan tambahan ini diumum jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby ketika Rusia meneruskan operasi ketenteraan ke atas Kiev.
"Untuk bulan Mei sahaja, Rusia melancarkan 17 serangan udara ke atas Kiev, mengancam orang awam, memusnahkan kawasan awam, dan infrastruktur awam.
"Sebagai reaksi balas, Amerika Syarikat akan terus menyokong Ukraine, membekalkan mereka dengan peralatan untuk mempertahankan diri.
"Sebahagian daripada usaha itu adalah pakej yang akan merangkumi peralatan dari Jabatan Pertahanan, yang dibekalkan dengan kebenaran presiden," katanya.
Dengan bantuan ketenteraan terbaharu ini, Amerika Syarikat sudah menyalurkan kira-kira AS$37.6 bilion dalam bentuk senjata kepada Ukraine.
Bantuan terbaharu ini diberikan di bawah kebenaran Presiden, yang membolehkan Pentagon memberi simpanan senjata mereka kepada Ukraine.
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#pakej ketenteraan
#krisis Rusia-Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan