awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saluran Telegram ketua Wagner dakwa pesawat ditembak jatuh

Bernama
Bernama
24/08/2023
05:43 MYT
Saluran Telegram ketua Wagner dakwa pesawat ditembak jatuh
Pesawat itu dijatuhkan oleh pertahanan anti-pesawat di wilayah Tver, lapor saluran Telegram Gray Zone, tetapi ia menimbulkan keraguan sama ada Prigozhin benar-benar meninggal dunia. - Foto REUTERS
MOSCOW: Saluran Telegram Yevgeny Prigozhin mendakwa pesawat ketua tentera upahan Wagner, di mana beliau dikatakan maut dalam nahas, telah ditembak jatuh di ruang udara Rusia dalam satu serangan terancang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pesawat itu dijatuhkan oleh pertahanan anti-pesawat di wilayah Tver, lapor saluran Telegram Gray Zone, tetapi ia menimbulkan keraguan sama ada Prigozhin benar-benar meninggal dunia.
Prighozin biasanya menggunakan saluran Gray Zone untuk menyebarkan videonya.
Gray Zone menulis bahawa dua pesawat dari pasukan upahan swasta Wagner berada di udara pada masa yang sama.
Pesawat kedua berpusing semasa penerbangan ke St Petersburg dan mendarat di Lapangan Terbang Ostafyevo di selatan Moscow, kata Gray Zone.
Gray Zone turut mempersoalkan versi pihak berkuasa bahawa Prigozhin berada dalam senarai penumpang pesawat pertama dan terbunuh.
"Di mana Yevgeny Prigozhin berada pada akhirnya, tiada maklumat yang tepat pada masa ini," katanya.
Agensi berita Rusia berkata siasatan ke atas nahas itu sedang dijalankan.
Pemimpin tentera upahan itu kali terakhir dilihat dalam video yang dikeluarkan pada Isnin, didakwa dari Afrika.
Dua bulan lalu, beliau telah mencetuskan pemberontakan misteri terhadap kepimpinan tentera Rusia, tindakan yang disifatkan oleh Presiden Vladimir Putin sebagai pengkhianatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua kumpulan Wagner
#pesawat ditembak jatuh
#Rusia
#Vladimir Putin
#Yevgeny Prigozhin
#askar upahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan