Sam Altman kembali terajui OpenAI selepas hampir seminggu dipecat

Astro Awani
November 22, 2023 23:45 MYT
Altman ketika mengambil bahagian dalam perbincangan sempena Sidang Kemuncak CEO APEC di San Francisco, 16 Nov 2023. - Gambar fail AP
OPENAI pada Selasa mengesahkan telah mencapai persetujuan untuk Sam Altman kembali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), beberapa hari selepas beliau dipecat.
Sebagai tambahan kepada kepulangan Altman, syarikat yang membangunkan ChatGPT itu pada dasarnya bersetuju membentuk semula sebahagian daripada lembaga pengarah yang telah memecatnya.
Lembaga pengarah itu akan turut disertai bekas CEO bersama Salesforce, Bret Taylor sebagai pengerusi, serta bekas Setiausaha Perbendaharaan AS Larry Summers dan pengarah semasa Adam D'Angelo, sebagai pengarah, kata OpenAI.
Syarikat itu memecat Altman secara mengejut pada Jumaat lalu.
Namun pada Ahad, pelabur terbesar OpenAI, Microsoft segera melantik Altman dan pengasas bersama OpenAI, Greg Brockman untuk menerajui pasukan penyelidik AI di Microsoft.
OpenAI pada Isnin menamakan bekas bos Twitch, Emmett Shear sebagai CEO sementara.
Pada Rabu, Altman menulis di X: "Saya suka OpenAI, dan semua yang saya lakukan sejak beberapa hari lalu adalah khidmat untuk mengekalkan pasukan ini dan misinya bersama-sama."
Beliau menambah bahawa keputusan menyertai Microsoft pada petang Ahad, jelas "jalan terbaik" untuk pasukan dan dirinya.

i love openai, and everything ive done over the past few days has been in service of keeping this team and its mission together. when i decided to join msft on sun evening, it was clear that was the best path for me and the team. with the new board and w satyas support, im

— Sam Altman (@sama) November 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Selasa, Altman berkata beliau mendapat sokongan CEO Microsoft Satya Nadella untuk kembali sebagai CEO OpenAI.
"Dengan lembaga baharu dan sokongan Satya, saya tidak sabar untuk kembali ke OpenAI, dan membina perkongsian kukuh kami dengan (Microsoft)," tulisnya.
Brockman menulis di X: "Pulang semula ke OpenAI dan kembali melakukan pengekodan malam ini."

Returning to OpenAI & getting back to coding tonight.

— Greg Brockman (@gdb) November 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sam Altman #OpenAI #Microsoft #CEO OpenAI