DUNIA
AS sambung semula bekalan ketenteraan ke Ukraine - Zelenskyy
Letupan dron menerangi langit bandar ketika serangan dron dan peluru berpandu Rusia, dalam konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine di Kyiv. - Foto REUTERS
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, mengesahkan bahawa Amerika Syarikat (AS) telah menyambung semula penghantaran bantuan ketenteraan ke negaranya selepas penggantungan mengejut selama seminggu, di tengah-tengah peningkatan serangan udara Rusia terhadap bandar-bandar Ukraine.
Dalam ucapan video malamnya pada Jumaat, Zelenskyy berkata Ukraine telah menerima “isyarat politik tertinggi” daripada Washington dan rakan-rakan Eropah, termasuk Presiden AS Donald Trump, yang telah bersetuju untuk menghantar semula sistem pertahanan udara dan peluru berpandu ke Kyiv.
Trump mengumumkan bahawa NATO akan membeli sistem Patriot dari AS dan mengagihkannya ke Ukraine, dengan kos penuh akan ditanggung oleh pakatan itu.
Jerman dan Norway telah bersetuju untuk membiayai tiga sistem Patriot, manakala Ukraine memohon 10 sistem tambahan bagi melindungi kawasan strategik daripada serangan peluru berpandu Rusia.
Sistem Patriot dianggap sebagai antara pertahanan udara terbaik dunia, mampu mengesan dan memintas peluru berpandu balistik dan peluru berpandu jelajah.
Tanpa sistem ini, Ukraine sukar mempertahankan infrastruktur awam dan ketenteraan daripada serangan berterusan Moscow.
Penghantaran senjata AS sebelum ini dihentikan sementara untuk semakan stok simpanan Pentagon, yang menurut Setiausaha Negara Marco Rubio telah disalah tafsir sebagai penamatan bantuan sepenuhnya.
Rubio menegaskan bahawa penghantaran telah disambung semula, dan AS sedang bekerjasama dengan sekutu NATO untuk mempercepatkan penghantaran sistem sedia ada.
Ukraine mengalami rekod serangan udara minggu ini, termasuk 728 dron dalam satu malam, menyebabkan 232 kematian awam pada bulan Jun sahaja, menurut PBB.
Zelenskyy berkata serangan ini menunjukkan keperluan mendesak untuk pertahanan tambahan, dan beliau akan terus bekerjasama dengan utusan khas AS, Jeneral Keith Kellogg, dalam minggu mendatang.