Sambutan Hari Pekerja di Perancis bertukar ganas, 108 anggota polis cedera

Hafizi Rosli
Mei 2, 2023 04:20 MYT
Polis bertindak balas dengan gas pemedih mata dan meriam air - Foto AP
PARIS: Sekurang-kurangnya 108 polis cedera dan 291 orang ditahan apabila sambutan hari pekerja bertubah wajah dengan dicemari keganasan dalam beberapa demonstrasi di seluruh negara.
Ratusan penunjuk perasaan menyertai demonstasi berkenaan yang mana mereka dilaporkan tidak berpuas hati dengan isu pembaharuan umur persaraan oleh pentadbiran Presiden Emmanuel Macron.
Kerajaan Perancis bersetuju untuk menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun.
Keputusan itu dibantas kesatuan sekerja dan memohon ia ditarik balik.
Demonstrasi yang bermula secara aman namun dicemari dengan kumpulan radikal yang melemparkan bom petrol dan bunga api.
Polis bertindak balas dengan gas pemedih mata dan meriam air.
Kementerian Dalam Negeri menganggarkan keseluruhan penunjuk perasaan iaitu 782,000 orang termasuk 112,000 di ibu negara Paris.
Populariti Macron menjunam hampir ke paras terendah, selepas majoriti rakyat Perancis menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kepimpinannya.
#Perancis #Hari Pekerja #Emmanuel Macron #persaraan