DUNIA
Samsung Electronics akan guna pembantu pengkodan AI untuk tingkatkan produktiviti
Ujian beta bagi Cline telah dimulakan untuk kakitangan di bahagian Device eXperience (DX) yang merangkumi perniagaan mudah alih, TV dan peralatan rumah. - Gambar Reuters
SEOUL: Samsung Electronics Co pada Ahad berkata, ia akan menggunakan perkhidmatan pembantu pengkodan berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Cline bulan depan demi meningkatkan produktiviti kakitangan pembangunan perisiannya, lapor agensi berita Yonhap.
Dalam satu notis dalaman baru-baru ini, syarikat itu memaklumkan bahawa ia telah memulakan ujian beta bagi Cline untuk kakitangan di bahagian Device eXperience (DX) yang merangkumi perniagaan mudah alih, TV dan peralatan rumah.
Cline merupakan alat AI sumber terbuka yang membantu pembangun menulis, menyunting dan menguji kod hanya menggunakan arahan bahasa semula jadi seperti "buat fungsi log masuk".
Berbeza dengan pembantu pengkodan konvensional yang hanya boleh menangani tugas asas, Cline mampu mengendalikan proses pembangunan perisian yang lebih kompleks, sekali gus meningkatkan produktiviti secara ketara.
Samsung merancang untuk meneruskan ujian beta sehingga akhir bulan ini dan menyasarkan untuk melancarkan versi rasmi seawal bulan depan.
Sebagai sebahagian daripada peralihan syarikat menjadi organisasi berpaksikan AI, Samsung turut menubuhkan kumpulan khas inovasi produktiviti AI dalam bahagian DX.
Kumpulan baharu itu berperanan sebagai menara kawalan pusat, memantau pembangunan infrastruktur dan sistem AI di seluruh syarikat, sambil menyokong pelaksanaan alat AI merentasi semua bahagian perniagaan.
-- BERNAMA