San Francisco dilanda ribut paling buruk dalam sejarah

Bernama
Januari 2, 2023 06:42 MYT
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melaporkannya sebagai hari kedua paling basah dalam tempoh lebih 170 tahun. Sumber foto AP
SAN FRANCISCO: Sekurang-kurangnya seorang maut akibat dihempap pokok tumbang ketika ribut melanda Kawasan Teluk San Francisco, California Utara pada Sabtu, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa.
Kebanyakan jalan di wilayah itu masih ditutup akibat banjir dan ribut manakala hampir 15,000 penduduk di Bay Area terputus bekalan elektrik, menurut Syarikat Gas dan Elektrik Pasifik pada Ahad.
Ribut yang melanda pada hujung minggu itu hampir memecah rekod yang dicatatkan pada 1994.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melaporkannya sebagai hari kedua paling basah dalam tempoh lebih 170 tahun.
-- BERNAMA
#ribut San Francisco #banjir #Syarikat Gas dan Elektrik Pasifik #Perkhidmatan Cuaca Kebangsaa