DUNIA
Sanae Takaichi, peminat tegar muzik heavy metal bakal dilantik Perdana Menteri wanita pertama Jepun
Dengan reputasinya sebagai “Iron Lady Jepun”, Takaichi dilihat sebagai harapan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. - Gambar AP
TOKYO: Ahli politik berhaluan konservatif tegar yang juga peminat muzik heavy metal, Sanae Takaichi, dijangka mencipta sejarah pada Selasa apabila bakal dilantik sebagai Perdana Menteri wanita pertama Jepun.
Pelantikan Takaichi yang berlaku hanya beberapa hari sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ke Asia menandakan detik bersejarah buat Jepun, sebuah negara dengan budaya patriarki yang kuat dan struktur sosial yang masih dikuasai oleh lelaki berusia.
Laluan Takaichi ke tampuk kuasa hampir pasti selepas parti pemerintahnya, Parti Demokratik Liberal (LDP) - yang konservatif walaupun namanya berbunyi liberal secara rasmi membentuk gabungan dengan parti pembangkang, Nippon Ishin (Parti Inovasi Jepun), pada Isnin malam.
Dengan gabungan itu, beliau kini hanya memerlukan dua undi tambahan di Dewan Rendah Parlimen Jepun untuk disahkan sebagai Perdana Menteri baharu dalam undian yang dijadualkan pada Selasa petang.
Takaichi sebelum ini dipilih sebagai Presiden LDP awal Oktober lalu selepas pertandingan dalaman parti diadakan berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri, Shigeru Ishiba.
Kemenangan Takaichi mengatasi calon-calon yang lebih sederhana, mencerminkan peralihan parti ke arah lebih kanan selepas LDP berdepan kekalahan besar dalam dua pilihan raya kebelakangan ini dan kehilangan sokongan pengundi kepada parti-parti sayap kanan baharu.
Namun, Takaichi bukan tokoh politik biasa.
Foto-foto lamanya kini tular di media sosial - antaranya ketika menunggang motosikal Kawasaki Z400GP, yang menjadi minatnya sebelum bergelar Ahli Parlimen pada 1993.
Beliau juga dikenali sebagai pemain dram heavy metal, hobi yang masih diteruskan di rumah bagi melepaskan tekanan.
Di sebalik personalitinya yang unik, Takaichi terkenal dengan pendirian konservatif yang keras yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli parti berhaluan tengah.
Beliau menyokong pindaan Perlembagaan Jepun yang bersifat pasifis, kerap mengunjungi kuil perang kontroversi Yasukuni yang memperingati penjenayah perang serta menentang usaha membenarkan pasangan berkahwin menggunakan nama keluarga berasingan.
Pendiriannya yang keras terhadap China dijangka boleh merumitkan hubungan diplomatik serantau, manakala dasar ekonominya – termasuk perbelanjaan besar kerajaan dan pengurangan cukai – menimbulkan persoalan dalam keadaan Jepun kini bergelut dengan inflasi dan kos sara hidup yang tinggi.
Jika dilantik secara rasmi pada Selasa, antara cabaran awal Takaichi ialah menangani kenaikan harga barang keperluan, termasuk harga beras yang dilaporkan hampir berganda berbanding tahun lalu.
Selain itu, beliau juga perlu berdepan isu penurunan kadar kelahiran, penyusutan tenaga kerja serta peningkatan populasi warga emas.
Isu penolakan terhadap imigrasi besar-besaran turut menambah tekanan terhadap pentadbirannya yang bakal bermula.
Dalam masa sama, Takaichi mewarisi krisis kepercayaan awam terhadap LDP, yang kehilangan majoriti di Parlimen selepas terpalit dengan skandal dana politik di bawah pentadbiran Ishiba.
Kebiasaannya, pemimpin parti pemerintah secara automatik diangkat sebagai Perdana Menteri.
Namun, perjalanan Takaichi ke puncak kuasa menjadi lebih rumit apabila rakan gabungan tradisi LDP selama 26 tahun, Komeito, menarik diri daripada kerjasama sebaik sahaja beliau memenangi pemilihan parti.
Sebagai ganti, Takaichi menjalin kerjasama dengan Nippon Ishin, yang berkongsi beberapa agenda konservatif termasuk kawalan imigresen lebih ketat dan pengurangan 10 peratus jumlah Ahli Parlimen.
Namun, parti itu turut menuntut agar Osaka dijadikan ibu kota kedua Jepun, sebagai sebahagian daripada perjanjian politik baharu.
Dengan reputasinya sebagai “Iron Lady Jepun”, Takaichi dilihat sebagai harapan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Namun, dalam landskap politik Jepun yang sering menyaksikan empat Perdana Menteri silih berganti dalam tempoh lima tahun, beliau perlu membuktikan kemampuan dengan segera untuk kekal bertahan di puncak kuasa. - Agensi