PESTA demokrasi Indonesia, Pemilihan Umum (Pemilu) 2019 sudah berakhir pada 17 April lalu.
Pada tarikh itu, 80 peratus daripada 192 juta pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka memilih calon yang bertanding dalam Pemilihan Presiden (Pilpres) dan Pemilihan Legislatif (Pileg).
Sekalipun sudah seminggu berlalu, namun sehingga kini isu berhubung Pemilu, Pilpres dan Pileg masih menjadi bahan perdebatan termasuk dakwaan hubungan dingin yang tercetus antara calon Presiden dan Naib Presiden nombor 2, Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno.
Di media sosial, tersebar cerita bahawa Prabowo dan Sandiaga berselisih pendapat, tegang dan retak sehingga pelbagai spekulasi nakal mula diperkatakan.
Semua ini bertitik tolak pada ketiadaan Sandiaga menemani Prabowo menyamnpaikan pidato pada malam 17 April lalu iaitu sejurus berakhir proses demokrasi.
Sedangkan sepanjang kempen Pilpres selama lapan bulan lalu, Prabowo - Sandiaga sering kelihatan bersama menjelajah seluruh Indonesia berkongsi aspirasi dan misi mereka bersama rakyat.
Apa sebenarnya yang berlaku antara Prabowo dan Sandiaga? Apakah hubungan mereka dingin?
Secara eksklusif kepada Astro AWANI, Sandiaga menjelaskan situasi hubungan beliau dengan Prabowo.
Sandiaga yang juga bekas Timbalan Gabenor Jakarta menegaskan, tidak tercetus sebarang isu mengenai hubungannya dengan Prabowo hanya kerana ketiadaannya pada malam 17 April lalu.
Bahkan, Sandiaga yang akan mencecah usia 50 tahun pada 28 Jun ini menegaskan, komunikasinya dengan Prabowo berada di kedudukan yang sangat baik lebih-lebih lagi selepas berakhir Pilpres.
"Hubungan saya dengan Pak Prabowo sangat baik. Saya ingin mengklarifikasi mengenai rumours yang sangat tidak berdasar (tidak betul)," kata Sandiaga yang juga seorang ahli korporat ternama dalam temubual dengan Astro AWANI menerusi aplikasi Facetime dari Jakarta, Indonesia pada Jumaat.
Menjawab pertanyaan 'kehilangannya' tanpa mendampingi Prabowo pada malam 17 April lalu, Sandiaga berkata, beliau tidak dapat bersama-sama menghadiri pidato itu disebabkan keadaan kesihatannya kurang mengizinkan.
Menurut Sandiaga, selepas lapan bulan berkempen tanpa henti menjayakan 1,567 kempen Pilpres, beliau harus akur bahawa keadaannya sangat lemah.
Bahkan, Sandiaga berkata, Prabowo juga menasihatkannya supaya berehat selepas melihat keadaannya yang tidak mengizinkan untuk bertemu penyokong-penyokong kem nombor 2 dan media sejurus berakhir hari mengundi.
"Selepas debat terakhir (13 April) saya ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah dan hanya 18 jam di sana kembali lagi (ke Jakarta), badan saya sudah sangat lelah," ujar Sandiaga lagi.
Dalam temubual eksklusif itu juga, Sandiaga menjawab pelbagai pertanyaan termasuk isu kecurangan keputusan Pemilu, keterbukaan beliau menerima keputusan rasmi yang bakal diumumkan Komisi Pemilihan Umum (KPU) serta rancangan masa depannya.
Ikuti temubual penuh bersama Sandiaga di Astro AWANI.
Rizal Zulkapli, Saharudin Musthafa
Fri Apr 26 2019
Sandiaga Uno (kanan) menjelaskan kepada Astro AWANI bahawa hubungannya dengan Prabowo Subianto sangat baik dan tidak seperti yang didakwa di media sosial. - Gambar Instagram SANDIAGA UNO
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.