awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanggup biar anak mati kebuluran kerana ingin berpesta

Agensi
Agensi
30/01/2018
10:00 MYT
Sanggup biar anak mati kebuluran kerana ingin berpesta
Bayi tersebut meninggal dunia akibat dari kerosakan organ dalaman akibat dehidrasi dan kekurangan makanan. - Gambar hiasan
SIAPA sangka seorang ibu sanggup membiarkan anaknya kebuluran sehingga meninggal dunia hanya kerana mahu berpesta? Namun, ini yang terjadi di Rusia.
Seorang remaja perempuan, Viktoria Kuznetsova, 17 tahun, meninggalkan bayi yang dipanggil Egor berusia sembilan bulan di dalam rumahnya tanpa apa-apa bekalan makanan dan minuman.
Kuznetsova dikatakan ingin membunuh anaknya itu sejak melanjutkan pelajaran di kolej kerana kelahiran bayi itu menggangu kehidupan sosialnya bersama rakan-rakan.
Sejurus selepas suaminya berangkat untuk berkhidmat dalam ketenteraan, Kuznetsova meletakkan Egor di dalam kereta sorong di dalam rumah yang terkunci kemudian berjumpa dengan rakan-rakannya.
Dia kemudian menghabiskan masa berparti liar selama seminggu berturut-turut dan menginap di kediaman kolej bersama rakannya.
Bagaimanapun, Kuznetsova mengaku bersalah apabila pihak polis menemui bayi yang sudah meninggal dunia di dalam rumahnya seperti yang dilapor portal Daily Mail.
Berdasarkan siasatan lanjut, bayi tersebut meninggal dunia akibat dari kerosakan organ dalaman akibat dehidrasi dan kekurangan makanan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan enam bulan.
Topic Berkaitan
#bayi
#mahkamah
#mati
#meninggal dunia
#penjara
#pesta
#polis
#remaja
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan