Sanggup bunuh rakan demi beriani

Astro Awani
Jun 18, 2020 23:10 MYT
Tiga lelaki ditahan kerana membunuh rakan mereka kerana berebutkan beriani ayam. -Gambar hiasan
Gara-gara berebut beriani ayam, sekumpulan tiga lelaki tergamak menikam rakan bertubi-tubi hingga mati ketika mengadakan parti di sebuah rumah sewa di Kengeri, barat Bengaluru, India.
Portal tempatan, Times of India dalam laporannya menyebut berdasarkan siasatan awal, mangsa Manikanta, 28, dikatakan menegur salah seorang rakannya kerana tidak berpuas selepas suspek menghabiskan beriani.
Pertelingkahan itu berakhir dengan insiden pembunuhan apabila mangsa ditikam berkali-kali oleh rakan-rakannya yang dipercayai mabuk.
Kejadian terbongkar apabila seorang jiran melaporkan insiden itu kepada pemilik rumah.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian menemukan mangsa berlumuran darah.
Kesemua suspek berusia di antara 25 dan 33 ditahan polis atas kesalahan membunuh.
Pemilik rumah berkata mangsa dan rakan-rakannya menyewa rumah itu untuk mengadakan parti termasuk hidangan arak.
#Bengaluru #beriani #berlumuran darah #India #mabuk #Manikanta #parti #parti arak