FRANKFURT: Matlamat negara-negara Kesatuan Eropah (EU) untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius menjelang 2050 masih jauh ketinggalan.

EU telah menetapkan matlamat untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050 menerusi Perjanjian Iklim Paris, manakala Jerman mahu mencapainya seawal 2045, lapor agensi berita Jerman dpa.

Perjanjian Iklim Paris mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius, dengan Jerman ketinggalan jauh berbanding negara-negara lain, menurut analisis start-up Right.

Baru-baru ini, Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim memberi amaran bahawa tanpa perubahan drastik, sasaran pemanasan global 1.5 darjah mungkin tidak dapat dicapai.

Sekretariat Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengunjurkan pada Oktober bahawa pemanasan global boleh mencapai 2.5 darjah Celsius menjelang 2100.

Kebimbangan semakin meningkat sekiranya dunia tidak dapat memenuhi matlamat yang ditetapkan dalam Paris Climate Accord 2015, perjanjian yang menggariskan bahawa pemanasan global harus dihadkan kepada 1.5 darjah Celsius.

Panel Antara Kerajaan PBB mengenai Perubahan Iklim menyatakan sekiranya cuaca melebihi paras 1.5 darjah Celsius, ia berisiko menyebabkan perubahan iklim yang jauh lebih teruk, termasuk kemarau, gelombang haba dan hujan yang lebih kerap.

--BERNAMA-dpa