INTERNATIONAL
Sasaran peralihan tenaga, ASEAN perlukan AS$3 trilion menjelang 2050 - Fadillah

Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) memerlukan lebih AS$ 143 bilion bagi mencapai sasaran berkenaan.
KUALA LUMPUR: ASEAN memerlukan sekurang-kurangnya AS$3 trilion jumlah pelaburan menjelang tahun 2050 untuk mencapai sasaran peralihan tenaga melalui pelaburan kumulatif menjelang 2050.
Ringkasan AI
- ASEAN memerlukan pelaburan sekurang-kurangnya AS$3 trilion menjelang 2050 untuk mencapai sasaran peralihan tenaga, manakala Malaysia memerlukan lebih AS$143 bilion melalui Pelan NETR.
- Kerajaan perlu mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif melalui pembaharuan dasar dan instrumen kewangan inovatif seperti bon hijau, sukuk, dan pembiayaan campuran.
- Malaysia turut menekankan kepentingan pendigitalan tenaga seperti grid pintar dan AI, serta menyelaraskan dasar dan pembiayaan untuk memastikan daya saing industri dan komitmen iklim seiring.
“Ini melalui pembaharuan dasar yang diselaraskan serta instrumen kewangan yang inovatif yang akan merangkumi beberapa hal,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian dalam ucaptama pada Mesyuarat Peralihan Tenaga di ASEAN: Memupuk Kerjasama Serantau anjuran MyDigital di Kuala Lumpur pada Isnin.
Bagi merealisasikan sasaran berkenaan, penting bagi Kerajaan di seluruh rantau ini untuk mewujudkan persekitaran yang kukuh dan kondusif merangsang pelaburan swasta, sama ada domestik mahupun antarabangsa melalui reformasi dasar yang diselaraskan dan instrumen kewangan yang inovatif.
“Ia merangkumi mekanisme pembiayaan campuran dan jaminan awam untuk mengurangkan risiko projek tenaga boleh baharu pada peringkat awal, memperluaskan pasaran modal melalui penerbitan bon hijau, instrumen kewangan Islam seperti sukuk dan pinjaman lestari,” katanya.
Dalam masa sama, kerangka harga karbon yang mencermiman kos sebenar pelepasan, selain memberi insentif peralihan ke arah teknologi rendah karbon.
Selain itu, pendigitalan ekosistem tenaga, termasuk grid pintar, alat ramalan berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan sistem pengurusan permintaan turut diambil kira.
“Di peringkat nasional, Malaysia telah mula menyelaraskan dasar dan landskap pembiayaan untuk menyokong transformasi ini.
“Sebagai negara industri, kami akui daya saing dan komitmen terhadap iklim harus bergerak seiring,” katanya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami