Satu daripada setiap lima rakyat AS dijangkiti COVID-19

Bernama
Januari 19, 2022 03:52 MYT
Satu daripada setiap lima rakyat Amerika Syarikat (AS) dijangkiti COVID-19 sejak ia mula dikesan di negara itu. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Satu daripada setiap lima rakyat Amerika Syarikat (AS) dijangkiti COVID-19 sejak ia mula dikesan di negara itu, menurut data dari Universiti Johns Hopkins, kata Xinhua.
Sejumlah lebih 66,000,000 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh AS pada Selasa, iaitu kira-kira satu perlima daripada populasi AS.
Lebih 851,000 kematian COVID-19 dilaporkan di negara ini setakat Selasa.
AS menyaksikan lonjakan COVID-19 baharu sejak pertengahan Disember disebabkan oleh varian Omicron yang sangat mudah berjangkit.
Negara itu kini mencatatkan purata hampir 800,000 kes COVID-19 baharu dan hampir 1,800 kematian baharu setiap hari, meningkat dengan ketara minggu demi minggu, menurut data terkini daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.
-- BERNAMA
#COVID-19 #Amerika Syarikat #Universiti Johns Hopkins #Omicron