awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu huruf sahaja, hanya mahu semua nama anak senang diingati

Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
16/03/2022
00:01 MYT
Satu huruf sahaja, hanya mahu semua nama anak senang diingati
Sukari dan Wahyuningsih memilih menamakan anak mereka dengan nama V(16), J(11), L(5) dan N(2). - Foto agensi
“SATU huruf sahaja. Tiada alasan istimewa, hanya mahu semua nama anak senang diingati. Beri nama anak dengan hanya satu huruf. Unik dan pasti mudah diingati."
Begitulah sebab utama pasangan ini memilih menamakan empat anak mereka dengan nama yang begitu ringkas.
Sepasang suami isteri dari Dusun Tapak Lembu, Jawa Timur menjadi tular apabila menamakan empat anak mereka hanya menggunakan satu huruf sahaja, lapor laman Berita Jatim.
Sukari dan Wahyuningsih memilih menamakan anak mereka dengan nama V(16), J(11), L(5) dan N(2).
Menurut Sukari, dia dan isteri tidak mempunyai sebarang alasan mengapa memilih satu huruf sahaja untuk nama anak-anak mereka.
“Saya tidak bernazar atau mempunyai alasan istimewa kecuali mahu semua nama anak senang diingati.
“Ada juga menegur nama anak itu satu bentuk doa jadi saya beritahu, saya tetap mendoakan semua anak-anak saya menjadi insan baik, bijak dan berjaya dalam hidup,” jelas Sukari yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta.
Tambah Sukari, dia tidak pernah terlintas untuk menukar nama anak-anaknya kerana yakin ia membawa rezeki buat mereka sekeluarga.
“Anak-anak saya tidak pernah dimasukkan ke hospital atau sakit yang teruk. Saya percaya apabila namanya ringkas, maka pembawakannya juga tidak berat.
“Itu juga satu rezeki buat keluarga kami,” ujarnya. * Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.
Topic Berkaitan
#ringkas
#Jawa Timur
#nama anak senang diingati
#nama anak satu huruf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan