Satu lagi rundingan pegawai-pegawai kanan bagi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan berlangsung di Da Nang, Vietnam bulan ini bagi memuktamadkan cadangan perjanjian perdagangan bebas serantau itu menjelang November.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Thailand Jurin Laksanawisit berkata pegawai-pegawai kanan negara-negara anggota ASEAN dan rakan dialog akan bersidang di Da Nang dari 19 hingga 27 September sebelum mengemukakan cadangan itu kepada pemimpin-pemimpin semasa sidang kemuncak ASEAN di Bangkok pada November.
"Semua menteri bersetuju untuk menerima perjanjian itu (RCEP) dalam tahun ini juga oleh kerana ia merupakan alat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan ekonomi di rantau ini ketika wujud ketidaktentuan keadaan ekonomi.
"Semua menteri telah mengarahkan pegawai-pegawai mereka mencari jalan dan cara tolak ansur ke arah mencapai persetujuan pada mesyuarat peringkat akhir bulan ini," katanya pada media conferencing selepas mempengerusikan Mesyuarat Peringkat Menteri RCEP Ke-7 bersempena Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN Ke-51 di sini pada Ahad.
Menteri ekonomi dan perdagangan dari 10 negara anggota ASEAN dan enam rakan dialog hadir pada mesyuarat pada Ahad. Malaysia diwakili Menteri Perdagangan dan Perindustrian Datuk Darell Leiking.
Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Perdagangan RCEP yang diadakan pada Sabtu sepatutnya merupakan rundingan terakhir dalam siri rundingan tahun ini.
Perjanjian itu berkemungkinan ditandatangani tahun depan jika rundingan itu dapat dibereskan pada mesyuarat November di Bangkok.
Dilaporkan kira-kira 80 peratus perjanjian sudahpun siap dengan rundingan menyentuh kandungan dalam perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan profesional yang baru disediakan.
RCEP adalah perjanjian perdagangan multilateral dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN - Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam - dan enam rakan FTA iaitu China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India.
Rundingan RCEP dilancarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 pada November 2012 di Phnom Penh, Kemboja.
Perjanjian perdagangan itu meliputi populasi 3.4 bilion dengan jumlah produk domestik kasar (GDP) bernilai AS$49.5 trilion, atau kira-kira 39 peratus daripada GDP dunia..
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 09 2019
Jurin (gambar) berkata, semua menteri telah mengarahkan pegawai-pegawai mereka mencari jalan dan cara bertolak ansur ke arah mencapai persetujuan pada mesyuarat peringkat akhir bulan ini. - Foto Facebook
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Rusia komited kepada ASEAN, tawarkan kepakaran dalam keterjaminan makanan
Rusia mengulangi komitmennya untuk memupuk hubungan yang berpanjangan dengan ASEAN, menjadikannya satu keutamaan utama dalam Konsep Dasar Luar Negaranya.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.