Skip to main content

Dunia

Satu langkah yang salah boleh akibatkan penutupan Bab El-Mandeb - Pegawai Iran

Bab Al-Mandab Strait
Barisan penentangan menganggap Bab el-Mandeb mempunyai kepentingan strategik, sama seperti Selat Hormuz. - Foto Reuters

TEHRAN: Pegawai kanan Iran, Ali Akbar Velayati memberi amaran bahawa kesilapan berulang oleh Amerika Syarikat (AS) boleh mencetuskan penutupan Bab el-Mandeb, iaitu laluan maritim utama, lapor Mehr News Agency (MNA).

Velayati, anggota Expediency Discernment Council berkata barisan penentangan menganggap Bab el-Mandeb mempunyai kepentingan strategik, sama seperti Selat Hormuz.

Advertisement

Menerusi hantaran di laman media sosialnya, beliau mendakwa Rumah Putih akan segera menyedari bahawa aliran tenaga dan perdagangan global boleh terganggu hanya dengan satu isyarat sekiranya mereka mengulangi "kesilapan bodoh."

Beliau berkata walaupun AS secara sejarahnya telah belajar daripada Iran, negara itu masih belum memahami sepenuhnya geografi kuasa serantau, sekali gus memberi bayangan bahawa sebarang cubaan mencabar Iran boleh membawa kepada akibat strategik serta-merta.

-- BERNAMA-MNA

 

Must Watch Video