awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya bukan kucing," kata peguam selepas kesilapan filter Zoom

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2021
00:47 MYT
"Saya bukan kucing," kata peguam selepas kesilapan filter Zoom
Ponton yang berusia 69 tahun memberitahu Reuters bahawa dia tidak pasti bagaimana filter itu itu muncul. - Judge Roy Ferguson via REUTERS
Ketika Hakim Roy Ferguson membuka prosiding maya Mahkamah Daerah Kehakiman ke-394 di Texas pada Zoom pada hari Selasa, dia tidak menyangka akan bertemu dua peguam dan 'anak kucing'.
"Kucing" bermata biru yang comel di sudut kanan bawah sebenarnya adalah peguam daerah, Rod Ponton, yang ditutupi oleh filter Zoom.
"Tuan Ponton, saya percaya anda telah menghidupkan filter dalam tetapan video," kata hakim.
Ponton mengatakan pembantunya sedang berusaha memperbaiki tetapan Zoom berkenaan.
"Saya ada di sini secara langsung, saya bukan kucing," katanya.
Saya dapat melihatnya," kata hakim.
IMPORTANT ZOOM TIP: If a child used your computer, before you join a virtual hearing check the Zoom Video Options to be sure filters are off. This kitten just made a formal announcement on a case in the 394th (sound on). #lawtwitter #OhNo @zoom_ushttps://t.co/I0zaj0wu6K
— Judge Roy Ferguson (@JudgeFergusonTX) February 9, 2021
Ketika videonya menjadi viral di media sosial, Ferguson menulis dalam tweet: "Petua penting Zoom: Sekiranya seorang kanak-kanak menggunakan komputer anda, sebelum anda menyertai pendengaran maya, periksa Pilihan Video Zoom untuk memastikan filter dimatikan."
Ponton yang berusia 69 tahun memberitahu Reuters bahawa dia tidak pasti bagaimana filter itu muncul.
"Saya masuk ke komputer setiausaha saya untuk hadir pada perbicaraan ini melalui Zoom, dan ketika semua orang sudah sedia, hakim memanggil kes itu dan wajah semua orang seharusnya muncul di Zoom.
"Wajah semua orang muncul kecuali saya. Wajah saya adalah kucing,” katanya.
"Hakim membantu mengeluarkan saya dari filter dan perbicaraan diteruskan, jelasnya.
Hakim Ferguson menyebutnya sebagai 'saat yang menyenangkan'.
"Semua orang yang terlibat menanganinya dengan penuh hormat dan peguam yang terlibat menunjukkan sikap yang positif," katanya.
Topic Berkaitan
#media sosial
#mahkamah
#kucing
#Zoom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan